cursor

Golfer Teeing Off 3

Daisypath Friendship tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Followers

fcu communication

Monday, December 6, 2010

:: BIG sem 4 ::

BIG 1

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah dan izinnya dapat juga kami melaksanakan program Bina Insan Guru buat kali ke empat di Masjid Taman Mesra di Pengkalan Chepa. Saya bersama-sama rakan-rakan yang lain daripada Pismp Pj semester 4 merancang serta melaksanakan program gotong-royong di masjid tersebut. Kami berkumpul seawal 8.00 pagi di perkarangan masjid dengan menaiki kenderaan sendiri. Ada yang menaiki motor dan ada yang menaiki kereta. Persiapan awal yang telah dijalankan sebelum melaksanakan program gotong-royong ini dengan membuat kertas kerja terlebih dahulu. Setelah mendapat persetujuan, ahli jawatankuasa yang terlibat dalam urusan di masjid berkenaan. Sempena bulan syawal selain dapat melengkapkan silibus yang terdapat dalam Bina Insan guru kali ini, saya dan rakan-rakan yang lain dapat memberikan amal bakti kami. Program Bina Insan Guru (BIG) adalah satu program yang dirancang khusus untuk pelajar yang sedang menjalani latihan perguruan. Ini adalah bertujuan untuk melahirkan bakal-bakal pendidik yang berkualiti dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Bina Insan Guru yang diadakan pada semester ini ialah khidmat masyarakat dan ianya wajib ditempuhi oleh semua guru pelatih. Berdasarkan program yang telah dianjurkan ini, Program ini untuk memenuhi kehendak dalam Program Bina Insan Guru (BIG) yang perlu ditempuhi oleh semua pelajar. Merupakan suatu aktiviti penting bagi merealisasikan kehendak Bahagian Pendidikan Guru untuk menghasilkan guru yang berkualiti dan berdaya saing.

Sebelum saya dan rakan-rakan saya pergi ke program itu, saya selaku Ahli Jawatan Kuasa telah membuat buku program untuk menjalankan aktiviti khidmat masyarakat. Selain itu, setiausaha telah melangsaikan tugasannya untuk membuat kertas kerja agar ianya dapat diluluskan. Setelah ianya diluluskan, Ahli Jawatankuasa peralatan telah memohon peralatan untuk digunakan semasa melakukan khidmat masyarakat. Setiap orang melakukan tugas masing-masing. Walau bagaimanapun, nilai tolong-menolong diterapkan di dalam diri masing-masing agar kerja dapat dijalankan dengan lebih lancar lagi. Selain itu, kami juga sering diberi maklumat terbaru oleh Pengerusi kami iaitu Mazlan. Beliau banyak memberi komitmen dalam menjayakan program ini. Semasa di sana, kami berkumpul terlebih dahulu untuk diberi taklimat oleh Pengerusi kami. Beliau telah berjumpa imam masjid tersebut untuk meminta kebenaran melakukan program yang telah dijanjikan. Kami telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian lelaki dan perempuan. Kami telah melakukan pembersihan di bahagian tandas, dalam masjid dan di luar masjid. Kami bekerjasama untuk melakukan tugasan berikut. Saya telah membersihkan tempat mengambil air sembahyang serta tandas lelaki dan perempuan bersama dua rakan saya juga. Bila bekerja bersama-sama saya merasakan keseronokkan melakukannya. Kemudian, saya juga membersihkan sliding yang ada di sekitar masjid bersama rakan-rakan saya yang menguruskan tempat berkenaan. Setiap apa yang dirancang dan diaturkan pasti mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Begitu juga dengan progran Bina Insan Guru ini. Program ini berhasrat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

Dalam masa yang sama, program ini diharap dapat menghasilkan guru yang berkualiti dalam semua aspek kehidupan terutamanya aspek pendidikan dan pergaulan. Membentuk Guru Pelatih menjadi seorang guru yang berdaya saing. Memberi keyakinan kepada Guru Pelatih dalam berhadapan dengan komuniti sekolah yang mempunyai pelbagai ragam dan acuan. Di samping itu juga, matlamat program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan Guru Pelatih akan kepentingan pergaulan antara guru-guru dengan murid-murid dan guru-guru dengan masyarakat sekolah.

Kesimpulannya, apabila setiap guru pelatih tamat menjalani program Bina Insan Guru (BIG) ini, Bahagian Pendidikan Guru amat mengharapkan agar setiap perisian program yang disusun akan mejadikan Guru Pelatih sebagai bakal guru yang menunjukkan dan mengetahui ciri–ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama. Guru pelatih juga diharapkan akan memiliki ketahanan fizikal, mental dan semangat juang. Amat penting bagi guru pelatih untuk menguasai kemahiran asas interpersonal serta menguasai kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan dalam membentuk jati diri sebagai bakal insan pendidik. Dan akhir sekali, guru pelatih diharapakan agar dapat memperkembangkan potensi sebagai insan melalui pembinaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas.

BIG 2

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah dan izinnya dapat juga kami melaksanakan program Bina Insan Guru bagi semester ini. Walau bagaimanapun, semester ini kebiasaannnya kami perlulah membuat program anak angkat. Berikutan bajet yang tidak mencukupi bagi tahun ini, ia hanya diadakan dalam satu majlis gotong-royong sahaja. Kami dikendaki berkumpul di perkarangan institut pada pukul 8.30 pagi. Terdapat para pelatih yang menaiki kenderaan sendiri sama ada menaiki kereta mahupun motosikal. Saya bersama 2 orang lagi rakan saya mengambil keputusan untuk menaiki kereta. Kami telah konvoi kesana dengan beberapa buah kereta, beberapa biji motorsikal dan 3 buah bas.

Setibanya di sana, kami telah diberikan taklimat mengenai tugasan yang perlu kami lakukan. Kita dapat melihat majlis ini dijalankan berlangsung mengikut tugas-tugas yang telah ditetapkan oleh pegawai BIG kami semua. Bagi unit PJ/PK/PSK bersama MT/PJ/BI 2 kami ditempatkan di rumah Encik Zainol untuk menguruskan mengenai majlis penutupan dan jamuan makan. Saya dan rakan-rakan telah membantu dalam menyiapkan juadah makanan di dapur bersama orang-orang kampung. Amalan gotong-royong ini dapat menerapkan nilai tolong-menolong dalam diri kita semua. Selain itu, kita juga perlulah mengamalkan sifat menghormati orang tua. Kita perlulah hormat terhadap mak cik-mak cik yang berada di situ. Membantu dalam pekerjaan mereka. Selain itu, kita juga sebagai seorang wanita perlulah meringankan beban mereka dalam menjalankan tugas mereka. Jadi, kita hendaklah memberikan pertolongan dengan hati yang ikhlas. Oleh hal demikian, program seumpama ini perlulah dijalankan bagi melahir bakal pendidik dalam menyertai aktiviti kemasyarakatan.

Walaupun saya juga tahu mengenai sebilangan pelajar unit lain yang curi tulang dalam melaksanakan tugasan berikutan terlalu ramai yang membuat kerja. Walau bagaimanapun, ianya dapat dilakukan bersama. Bagi yang telah curi tulang ketika membuat aktiviti gotong-royong ini, mereka itu tidak emmpunyai kesedaran sivik dalam diri mereka.

Setiap apa yang dirancang dan diaturkan pasti mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Begitu juga dengan progran Bina Insan Guru ini. Program ini berhasrat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

Dalam masa yang sama, program ini diharap dapat menghasilkan guru yang berkualiti dalam semua aspek kehidupan terutamanya aspek pendidikan dan pergaulan. Membentuk Guru Pelatih menjadi seorang guru yang berdaya saing. Memberi keyakinan kepada Guru Pelatih dalam berhadapan dengan komuniti sekolah yang mempunyai pelbagai ragam dan acuan. Di samping itu juga, matlamat program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan Guru Pelatih akan kepentingan pergaulan antara guru-guru dengan murid-murid dan guru-guru dengan masyarakat sekolah.

Kesimpulannya, apabila setiap guru pelatih tamat menjalani program Bina Insan Guru (BIG) ini, Bahagian Pendidikan Guru amat mengharapkan agar setiap perisian program yang disusun akan mejadikan Guru Pelatih sebagai bakal guru yang menunjukkan dan mengetahui ciri–ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama. Guru pelatih juga diharapkan akan memiliki ketahanan fizikal, mental dan semangat juang. Amat penting bagi guru pelatih untuk menguasai kemahiran asas interpersonal serta menguasai kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan dalam membentuk jati diri sebagai bakal insan pendidik. Dan akhir sekali, guru pelatih diharapakan agar dapat memperkembangkan potensi sebagai insan melalui pembinaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas.

Saturday, December 4, 2010

:: TeaTer MuzIkaL 2010::

the interesting moment that we had
we olls semua berlakon dalam teater muzikal
memang lari dari tema betul
tema flora and fauna
tapi we olls kasi tema lain
tapi kalau diikutkan, lecturer kata boleh je buat tem
a lain
tapi, last2 minute kan
nak tengok apa
we olls buat???
terjah jom!!!
bila budak pj masuk pentas



overall pementasan

watak : ayuni

background image 'pentas teater'
ayuni and ibu

setanss dibintangi oleh abe and wan
wan
hilmi : abg pari
hafiz : bunga
nina : bunga

Monday, October 18, 2010

::aktiviti-aktiviti semester 4::

so, mari kita rasai kenikmatan ketika di semester 4
hanya kenangan yang telah disimpan sahaja dapat dicoretkan
semeasa di semester 4, kami telah mengharungi subjek2 yang menguji minda
we learnt to be teacher
how to manage student in the class
we know about microteaching
subjek2 yang we olls pelajari dalam semester 4 ialah :

1) pedagogi pj-our subject major
2) pedagogi kesihatan - minor 1
3) pend. sivik dan kewarganegaraan - minor 2

then, another subjek ialah:
TDP stand for teknologi dalam pendidikan
SDP stand for seni dalam pendidikan

amali for sem 4:
bola baling and bola tampar




Sunday, October 17, 2010

::+_ceritera semester 4 meniti waktu_+::


...wajah2 2010...

MyEm0.Com

::ala-ala cowboy mix::





how long???

fuh....
dah penuh sawang2 kat blog ni...sudah lama tidak update blog nie...
sudah bermacam2 yang berlaku...
daripada 21 orang kat dalam grup kls nie...
sekarang cuma tinggal 20 orang jer...
sem 4 nie byk jugak dugaan..
tohmahan yg kami terima...macam2 ada..sedih ada...pilu ada...
like other, kami ada hati dan perasaan...
y we all hve called as a loser...
nthg special about us....
by the way...if we don't want to change starting now?
hw long dat we have to face diz quotes for us???
MyEm0.Com
we as a loser!!!
something stupid quotes...y dont you all changed???
please make it real..
dont juz at your mouth only..
MyEm0.Com
but, nthg exchanged...







Saturday, July 17, 2010

....PJ ELITE....

Assalamualaikum....
nampaknyer sekarang sudah lama tiada entry baru...dengan ini, saya selaku editor bagi blog ini ingin mengumumkan sesuatu iaitu, pismp pj3 telah bertukar nama kepada PJ ELITE....ELITE stand for:

E : Educated
L :Learner
I : Intelligent
T: Tolerance
E: Efficient

Sekian, terima kasih...

Thursday, April 15, 2010

oUr PendIdikan LuAr 2010~~~


pendidikan luar?wah, nampaknya semua sudah hampir selesai lah..macam2 aktiviti yg kami telah biat..6 hari yang amat bermakna bagi memenuhi silibus PL sem nie...2 hari di Taman Rehlah n 4 hari d Pulau Perhentian... 1st day, sampai di Rehlah kne bukak khemah jugak...kemas dapur...bukak fly n ground sheet jugak lar...kul 2 mase 1st day da kne amali abseiling lar...best wooooo....kitorg sumer ley buat walaupun mla2 rse cam takut jugak..walau ader yg dah ada pengalaman...mne taknyer sbb abseiling ats pokok..mne penah buat tue...hahah..mlm biasa jer...ikut turn sentri la msg2....


2nd day...mmg memenatkan lar .. mne tak nyer..2nd day la kne wat amali kayak...dari pagi smpi petang... pagi amali ler..pengenalan kpd alatan n then amali kne buat pusingan 8, mengundur, drift, membuat pusing 360 darjah...ada la lg..petang kul 3 bru lar ader kembara kayak lak..best jgak...semuar berparner..enjoy..tp pengalaman melawan arus..smpikan ader yg capsize....yg tu memang original nyer capsize...bkn poyo nyer..hahaha...lawan arus memang ssh la...satu kayak je yg boleh smpi keseberang setelah menongkah arus....

3rd days....ari yg kami lalui dr rehlah ke perhentian..sekejap je..tapi penat sbb mengangkut brg...semua bekerjasama lm satu pasukan..bgus2 cikgu2 pj3 nie..thumbs up to all of u!!!tapi di perhentian bermulalah satu penyiksaan...ops, terlebey sudah..bkn penyiksaan tapi cabaran baru kerana bermulalalah kami perlu mengendalikan sistem perkhemahan kami dari merancang kedudukan khemah...selain itu, kami juga perlu mengisi masa kami dan berkejaran untuk menyediakan tapak perkhemahan yang stategik...berjayakah kami?keutusannya berada di tangan pensyarah lar..kami hanya merancang...kaki, tangan dan otak kami bergerak..hasilnya itu sahaja apa yang kami terdaya....kami sudah mencuba sehabis baik dengan masa yang kami ada...batas kami terhad dengan anggota kami hanya 21 orang..berkejaran memebuat semua perkara..kadang kala bagi perempuan, kamilah perempuan n kamilah lelaki...bagi kaum leleaki pula, kamilah lelaki n kamilah perempuan..bkn nak kata apa..sbb kerja2 masak, membuat gajet kami semua menempuhi bersama...kena marah?perkara biasa la...redha je la ek...sabar je wahai hati kami nie...stress, xpayah ckp la..mmg stress pn...tapi, kami lakukan juga..mse 3rd day ni jugak kami riadah waktu petang..best n syiok jugak men polo air..tp da lewat dah trn laut pown...wat ever, kami epy bersama...hahahah-wink-
4th day...pagi2 snorkeling la..best nyer dpt tengok hidupan laut....memang syiok abes la...nsib bek leh kuasai mcm ne nk snorkeling..dpt tengok ikan nemo..then dpt bg makanan or biskut kat ikan..nest lar...coral2 hidup n ader juga coral yg dah mati...petang plak kne wat orienteering...kne buat n cara yg kumpulan len pnyer...senang jer lau bg klu betul..kalu x mmg ssh la nk setel an...mlm tu plak...huhuhumlm kne jungle walk..seram jugak lau dengar citer yg xdiingini tuh..tp alhamdulillah la xd apa2 yg berlaku kepada kami..balik dr jungle walk dpt jemputan mkn bbq sek2 penjara...join lar...kenyang lagik...
5th day...hari yg padat jugak..mana tidaknyer...hari kembara kami semua..penat la naik n turun bukit..merentas atau mengelilingi pulau nie...malalui chalet2...tapi kami jugak ada task untuk dlakukan masa dalam perjalanan...dari 10 pagi smpi 4 petang perjalanan kembara kami..sampi campsite kitorg kne buat persiapan mlm kenudayaan pulak..dengan xmndi nyer kami buat persediaan untuk mlm kebidayaan..tidak disangka-sangka jugak kerana kami berjaya membuat kejutan...kami juga tak sangga kerana smuanya bukan dlm perancangan..secara spontan..alhamdulillah la...
6th day....persiapan untuk kembali ke maktab~~~



















Friday, March 19, 2010

SBE oh SBe~~

AmpaknyE semUa dAh bErsEdiA untuK mEnjAlankAn SBE a.k.a SchOOl basED eXpiRieNcE di SeKolAh2 yanG mEnJadi pIlihAn GuRu pElAtih...sEmogA sElAmaT mEnjAlAnkAn SBE sEmua kEpadA guRu2 pElAtih SmEstEr 3...

jAngAh lupa unTuk mEnyiApkAn tugAsAn yAnG dibErikAn sEpAnjAnG SBE...lEpAs cUti diHarAp Semua dapat menghAntAr tugAsAn YeP...

n

Thursday, March 4, 2010

Kursus Keterampilan Diri..

Ni nak cerita sedikit mengenai Bina Insan Guru sem nie...memang best giler la..last week 27 Februari, kelas kami telah mengadakan Kursus Keterampilan Diri di SK Kedai Buloh 1....pengalaman yang tidak dapat dilupakan....Kursus ini adlah anjuran Unit Hal Ehwal Murid SK Kedai Buloh 1 dengan kerjasama PISMP PJ3 semester 3 IPG Kampus KOta Bharu..














Lawatan Ke Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu

Pendidikan Keselamtan (PKE) merupakan salah satu mata pelajaran elektif 1 bagi pelajar PISMP PJ/BI/BM semester 3. Program ini dirancang bersama-sama pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi melicinkan program. Program ini bertujuan bagi memenuhi sukatan pelajaran yang terkandung dalam subjek Pendidikan Jasmani (Pendidikan Keselamatan). Program ini juga dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang aspek-aspek keselamatan dan kepentingannya dalam pengurusan dan terhadap individu yang terlibat.

Objektif yang ingin dicapai adalah Memenuhi sukatan pelajaran yang terkandung dalam subjek Pendidikan Jasmani yang berkaitan dengan Pendidikan Keselamatan. Memahami dengan lebih mendalam tentang Pendidikan Keselamatan. Memenuhi tugasan mata pelajaran wajib yang membawa kepada markah akhir kursus. Menjelaskan jenis-jenis penaksiran dan prosedur yang berkaitan dengan Pendidikan Keselamatan. Mengenalpasti dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperolehi pemahaman yang koheran tentang teori dan amalan.

Selepas menerima tugasan kerja kursus ini, perancangan dibuat dengan menubuhkan satu jawatankuasa penggerak program bertujuan untuk merancang dan seterusnya melaksanakan program ini dengan jayanya. Akhirnya pendekatan diambil dengan mengemukan cadangan untuk mengadakan lawatan ilmiah ke Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kota Bharu seperti yang telah dilakukan oleh senior kami.

Selepas kata sepakat dan perbincangan daripada pensyarah penasihat tindakan seterusnya diambil dengan mengadakan perbincangan bersama pihak Jabaran Bomba dan Penyelamat Kota Bharu. Perjumpaan pertama telah dilakukan dan perbincangan mengenai program telah dibuat. Pelbagai tindakan yang perlu dibuat oleh pihak kami iaitu :

  • merancang kertas kerja yang lengkap
  • merancang tentatif program
  • berhubung dengan Pegawai Bomba

Setelah kertas kerja dirujuk kepada pensyarah penasihat dan juga diluluskan oleh pengarah, surat jemputan dihantar kepada balai yang terlibat dalam menyampaikan ceramah serta memenuhi ruang di dalam slot kami. Pelbagai dugaan yang ditempuhi semasa menguruskan atau ingin melancarkan program ini.

. Aktiviti pertama yang dilakukan oleh kami ialah diberikan taklimat terlebih dahulu pada 8.00a.m hingga 9.00 a.m. oleh seorang pegawai bomba mengenai perjalanan program di Balai Bomba dan Penyelamat. Kemudian, kami telah didedahkan mengenai tugas-tugas Bomba dan menjelaskan mengenai carta organisasi Bomba. Taklimat diberikan oleh Encik Mohd Fauzi bin Abdullah. Beliau merupakan Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat di Kota Bharu. Pertama sekali, beliau telah memperkenalkan diri dan mengalukan kedatangan kami iaitu pelajar dari Institu Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu. Seterusnya ialah beliau juga menerangkan mengenai tugas sebagai anggota Bomba. Apa yang utama sekali, kami tahu talian yang digunakan ketika berlakunya kecemasan dengan adanya penjelasan tentang carta aliran apabila berlakunya kecemasan. Semasa sesi ini dijalankan, kami telah mendapat cenderahati sebagai kenang-kenangan.

Kemudian, aktiviti ditangguhkan kerana memberi laluan kepada waktu rehat untuk minum pagi. Pada pukul 10.30a.m kami telah didedahkan dengan peralatan kebombaan dan scuba. Semasa aktiviti ini dijalankan, kami dapat mengenal jentera bomba yang telah meletakkan barang-barang keperluan untuk menyelamat. Banyak yang telah kami pelajari. Selain itu, apa yang menjadi pengalaman kami dalam aktiviti ini ialah mencuba menggunakan alat semasa menghadapi asap tebal dengan berbekalkan oksigen. Kami perlu berjalan-jalan sambil memakai alat tersebut. Kami juga dapat merasa menaiki jentera bomba. Disebabkan rapling tiada, kami melakukan aktiviti peralatan kebombaan dan scuba mengambil masa yang lama. Kami juga berpeluang mengambil gambar sepanjang melakukan aktiviti yang dijalankan.

Pada pukul 12.30 p.m kami berehat dan bersolat zohor seketika dan makan tengahari sekali. Selepas waktu rehat, kami telah didedahkan dengan alat pemadan api. Bagaimana untuk menggunakan alat pemadam api dan demonstrasi kebakaran dilakukan. Terdapat beberapa jenis alat pemadam api.

Seterusnya pada pukul 3.00p.m hingga 4.00p.m ialah detik kami belajar tentang demo jentera berat dan cara membawa hos. Terdapat pelajar dari Institut Pendiidkan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu telah membuat amali hos ini.

Thursday, February 4, 2010

lawatan ke balai bomba???

wah, hari ahad nie nk buat lawatan ke balai bomba di kota bharu????best ke ek???apa aktiviti yg dpt kami buat di sana???tunggukan entri yg akan di poskan selepas lawatan kami tu...huhuhu

JAWATANKUASA KERJA

KURSUS PENDIDIKAN LUAR 2010 KUMPULAN PISMP PJ 3

Pengerusi : Muhammad Hafiz bin Muhamad Ashhar

Naib Pengerusi : Norafidah binti Rashid

Setiausaha : Amanina Izzati binti Sabri

Naib Setiausaha : Khairurrazaq bin Mohd Fadilah

Bendahari : Tg Nur Faizah binti Tg Mohd Khaizul Anuar

Ahli Jawatankuasa

Makanan Dan Persegaran

Nomi binti Baba (Ketua)

Siti Umairah binti Hamdan

Norafidah Binti Rashid

Siti Halemahtun Binti Md Hatar

Mazlan Bin Mohammed

Tajaan Dan Cenderahati

Siti Halemahtun binti Md Hatar (Ketua)

Siti Mariam binti Kamaruzaman

Peralatan

Muhamad Syafiq Bin Che Omar (Ketua)

Fatin Farhah Binti Ahmed

Khairurrazaq Bin Mohd Fadilah

Muhammad Hafiz Bin MUhamad Ashhar

Tg Nurfaizah binti Tg Mohd Khaizul Anuar

Pengangkutan, Perhubungan Dan Penginapan

Mazlan Bin Mohammed (Ketua)

Che Azizan Bin Che Razali

Buku Program, Publisiti Dan Media

Wan Radziah Binti Wan Mat (Ketua)

Noreen Aqsha Ghafoor Binti Abdullah

Amanina Izzati Binti Sabri

Program, Aktiviti Dan Kebudayaan

Habbib Emir A/L Hassan (Ketua)

Arbaieyah Binti Draoh (Orienteering)

Siti Mariam Binti Kamaruzaman (Kayak)

Muhammad Hilmi Bin Muhamad Hanafiah (Abseiling)

Abdul Qadir Jailani Bin Mohamed (Burung Hantu)

Muhammad Ghazidi Afdzal Bin Ghazali (Kembara)

Che Azizan Bin Che Razali (Ikhtiar Hidup)

Keselamatan Dan Kebersihan

Khairuddin Bin Khaidir (Ketua)

Muhammad Ghazidi Afdzal Bin Ghazali

Semua Guru Pelatih

Kerohanian

Abdul Qadir Jailani Bin Mohamed (Ketua)

Muhammad Hilmi Bin Muhamad Hanafiah

Saturday, January 23, 2010

tragedi berdarah...


ni masa kelas gimnastik....berlakunya tragedi berdarah..kenape?diorang ni main pusing2..tiba2 seorang mamat ni yang dikenali sbg G-jan telah mengalami pendrahan di hidungnya...itulah yg dikatakan sbg tragedi berdarah Pj3....

tahun baru, sem baru!

Nampaknya dah masuk semester 3 kami di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus kota Bharu nie. Sekarang dah masuk sem 3, makin hari usia juga makin meningkat. Semester baru nie jadual padat gila. Mana tidaknya, setiap hari isnin sampai rabu mesti balik pukul 6 petang. Padat betul jadual sem nie. Semester ni jugak, kami sepakat untuk mencari dana bagi merelisasikan projek Kinabalu kami. Kami mencuba pelbagai inisiatif untuk mengorak langkah dalam projek yang kami rancangkan ini. semua kertas kerja sudah diluluskan, sekarang kami cuba mencari dana dengan mengadakan jualan2 makan seperti dadih, biskut, sosej dan selain itu, kami juga menjalankan projek cuci pada setiap hari ahad dan khamis. setakat ini projek akmi berjalan dengan lancar.

Antara inisiatif kami dalam mencari dana seperti membuka kedai 'CUCI'.

::+_iklan Cuci_+::


::+_cUci mOtOr Rm5_+::

::+_cUcI keReta Luar n DalaM RM10 Sahaja_+::

::+_cUcI jGn Tak cuCi_+::

SemestEr 2 Pismp

Best betul sem 2 nie...apa yang kami belajar sem ni ialah belajar renang. tiap2 ari ahad gerak la ke kolam renang. maktab tak ada kolam renang sendiri. kena la pergi ke kompleks sekolah. pengalaman berenang adalah satu perkara yang sukar dilupakan. pelbagai perkara dan gaya telah kami pelajari semasa kelas renang ini berlangsung. daripada tidak tahu asas berenang, sekarang kami boleh berenang. alhamdullillah bersyukur kehadrat ilahi kerana ujian amali yang telah diadakan bagi subjek ini dan keputusannya juga adalah kami semua telah lulus. selain itu, kami juga perlu menganjurkan pertandingan renang tertutup antara kami sahaja. walau bagaimanapun, kami telah menjemput pensyarah2 Jabatan pendidikan Jasmani utk memeriahkan pertandingan yang kami anjurkan dengan mengadakan acara utk pensyarah. selain itu, pertandingan ini dikira meriah juga walaupun ianya hanya disertai oleh kelas kami serta pensyarah Pj.
::+_just Nk bErpoSinG_+::

::+_aCarA pErEmpUaN niE_+::

::+_pArA pEnSyaRah Telah menGhAbIskAn AcArA_+::

Sem ni jugaklah kami telah diberi tugas untuk menyediakan pameran bagi Karnival Pendidikan Khas 2009. Karnival Pendidikan Khas telah dianjurkan pada bulan Julai iaitu pada 7 dan 8 Julai 2009. Pameran juga berlangsung selama dua hari. Perasmian dilakukan oleh Tan Sri Dato Haji Alimuddin.

Apa yang menarik di tempat pameran Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang telah berlangsung tersebut ialah penyertaan dua orang tokoh bagi sukan untuk warga Pendidiakn Khas. Tokoh yang telah dijemput ialah Anirawati dan Khairul sebagai tokoh jemputan di gerai Jabatan PJK tersebut.

Penlibatan mereka bukan sahaja di peringkat Malaysia, malahan telah merantau ke luar Negara bagi mewakili Negara ke peringkat ASEAN. Terdetikkah kita bahawa warga kurang upaya ini mampu mengharumkan nama mereka sendiri dengan kekurangan diri yang sedia ada. Semanagt yang ada dalam diri mereka dengan kekurangan diri itu menjadi suntikan semangat yang berkesan. Oleh hal demikian, kita sebagai manusia yang normal boleh melakukan apa sahaja jika dibandingkan dengan orang yang kurang upaya. Kenapa mereka yang kurang upaya boleh melakukan sesuatu yang memberangsangkan seperti mewakili Negara dalam sesuatu pertandingan.

::+_pErsIapAN PaMerAn_+::

::+_Dato aLimuddin melawAt ke TApak Pameran kamI_+::

::+_tOkoh PesErta ParalimpiK_+::

Subjek2 yang kami belajar sem ni jugak merupakan subjek killer lah...mana tidaknya, semua apa yang kami belajar masa sekolah perlu diserap kembali. Sesiapa yang mengambil biologi dahulu perlu refresh otak kembali kerana kami belajar mengenai anatomi dna fisiologi. selain itu, kami juga belajar tentang Pendidikan Kesihatan Seksualiti. Bagi Pendidikan kesihatan Seksualiti, kami telah mengadakan satu seminar dengan kerjasama Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. Pengalaman untuk masuk ke makmal biologi dengan melihat rangka2 yang berasal daripada manusia sebenar yang telah diawet. Ada yang memikirkan ia adalah sesuatu yang mengerikan. Ada juga yang berani. ini kerana mayat2 yang tidak dituntut telah digunakan untuk sesi pembelajarn oleh pelajar2 perubatan.

::+_LawAtan ke mAkmal anatoMi_+::

Semester ini, kami juga sekali lagi perlu melakukan Program Bina Insan Guru. Kelas kami telah memilih Masjid Mukim Kg. Pauh iaitu di Panji.

“Kebajikan itu sebaik namanya, keramahan seramah wujudnya, dan kebaikan sebaik rasanya. Dari orang-orang yang pertama kali akan dapat merasakan manfaat dan semua itu adalah mereka yang melakukannya. Mereka ini akan merasakan ‘buah’nya seketika itu juga dalam jiwa, akhlak dan nurani mereka. Sehingga, mereka pun selalu lapang dada, tenang, tenteram dan damai.”

Program ini bertujuan untuk:

· Mendedahkan kaedah pengajaran dan pembelajaran kepada guru-guru pelatih.

· Mendedahkan suasana sebenar apabila berhadapan dengan murid-murid.

· Memberi pendedahan awal kepada guru pelatih untuk mengawal murid-murid apabila berada dalam kelas.

· Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian dan juga kehidupan bermasyarakat.

· Mewujudkan satu hubungan antara IPG dengan komuniti sekolah.

· Mengeratkan lagi hubungan sesama guru-guru pelatih.


PISMP sEm1

Semasa di semester 1 ini, buat kali pertama kami pergi perkhemahan dalam Program Bina Insan Guru di Tasik Kenyir. Kami bersama-sama unit Matematik 1, Pendidikan khas dan pra sekolah ke sana. Program Bina Insan guru bagi semester ini adalah untuk memperlihatkan ciri-ciri seseorang guru. terdapat beberapa aktiviti yang ingin ditonjolkan dan diberi pendedahan kepada setiap guru pelatih.

Pergerakan asas merupakan salah satu subjek yang terkandung dalam silibus untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Jasmani semester satu. Pergerakan asas ini juga merujuk kepada pendidikan pergerakan dan ia juga dapat membantu dalam perkembangan fizikal, intelek, sosial, emosi dan jasmani individu. Justeru itu, ia dapat menyuburkan perkembangan diri individu. Selain itu, pendidikan pergerakan ini adalah satu bidang yang terkandung dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR sejak tahun 1999. Walau bagaimanapun, ianya terbahagi kepada empat komponen iaitu gimnastik pendidikan, gimnastik artistik, gimnastik irama dan pergerakan kreatif. Melalui pendedahan mengenai Pendidikan Pergerakan ini, para pelajar akan terdedah dengan keadaan alam fizikal kita. Secara keseluruhannya, pergerakan asas terdiri daripada tiga bahagian iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan.

Lokomotor merupakan satu pergerakan yang bersifat dinamik. Ianya bersifat aliran gerakan atau aliran dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Contoh pergerakan lokomotor seperti berjalan, berlari, melompat, memanjat, menggelongsor, skip dan guling hadapan. Pergerakan bukan lokomotor membawa maksud pergerakan yang dilakukan dalam keadaan yang tidak bergerak dari satu tempat ke satu tempat atau melakukan aktiviti tanpa beralih tempat. Ia juga merupakan pergerakan dalam keadaan statik serta memberi penekanan terhadap keseimbangan. Contoh pergerakan bukan lokomotor ialah duduk, berdiri, bangkit tubi, merenggang, membongkok, menghayun, rebah, bangkit dan menolak. Selain itu, terdapat satu bahagian lagi iaitu manipulatif alatan merujuk kepada manipulasi alatan perlu melibatkan penggunaan objek seperti gelung, bola kecil, kayu, batang rotan, tali, pundi kacang dan sebagainya.

Bagi aktiviti berkenaan olahraga, tugasan yang disediakan adalah untuk membuat model balapan dan acara padang. Model-model berkenaan perlu mengikut kriteria-kriteria yang betul dan skala yang digunakan perlu tepat dengan skala asal. Model balapan dan acara padang ini menggambarkan sesuatu acara balapan atau acara padang yang berada di sekolah. Selain itu, terdapat juga amali olahraga bagi acara pecut dan ‘relay’.

Selain itu, bagi semester 1ini juga, sekali lagi kami perlu menjalankan 2.4km serta ujian kecergasan. satu lagi ilah permainan kecil.


::+_FounDATion pHysical EduCAtIon n HealTh_+::

FoUndAtiOn?Apa yANg kiToRAng BUAt yep? haaa...mAsa foUndation Nie La barU2 mAsuK Maktab...Tak RetI aPA2...MuLA2 tu TutOR kAMi 'Encik Zainol Abidin Zakaria....SeKAranG dah Tukar la PuLak...Masa FouNdation, Kami cuMa mElakukan gImnasrada dan SuKan mini...Gimnasrada nie Mcm gimnastik...bergerak dalam KumpUlan untuk membuat pelbagai gerak...salaH saTu AmalI masa foundation SeM 1 ni..selain Itu apa lagI kalU bUkan keNa Buat Amali KecErgaSaN...2.4 km, uJIan 2 lain ada jUgaK....hEhEhe...Nak tEngOk Muka Masa MudA2 atU awal2 masuK maktab? kaT bAwah nie adEr la sikit...

::+_hamper explorace_+::

::+_Latihan Gimnasradar_+::

>>gimnasradar...

yAng tu barU uNtuK FoUndAtion seM 1, Masa Sem 2 puLAk MACaM2 JUgak AktiViTi YANg DIjalAnKan...BerdasaRkAN Kpd MAta PelAjaran TPJ, KeLAs KitOrg nIe Kena MenganJurkan PeramInan TradIsiOnAl la pulak...bErbEzA DEnGan kelas laiN, kElas Kami selaku maJor Pj PerlU menGanjUrkan PerTanDinGan Layang2 Dan wAu CanTik...

::+_gambar kenangan semasa menganjurkan pertandingan layang2 & wau cantik_+::

tHen, kiToRang jUgak MeNganJurKan suKan dan rekrEasI di Lata bElatan...acarA sukanEka teLAh DipertAndIngKAN...progRam iNi tELah DiSertai olEh PPISMP PJ, PISMP PRA SEKOLAH & PPISMP SN. ProGram ini amat menyeronokkan. Setiap guru pelatih telah dibahagikan kpd beberapa kumpulan spt Wisata Alam Tang Kuban, Tempe Sohor, Geng Kaki Balut dan Belacan Berbiso. Setiap kumpulan mewakili warna kumpulan juga...Program ini dijalankan selama sehari sahaja.


seterusnya, kami juga bersama-sama senior Pj telah menganjurkan pertandingan Jogathon peringkat maktab.

selain itu, dalam memperkasakan bahagian pengelolaan, kami juga ditugaskan untuk menganjurkan pra kagum untuk pemilihan peserta2 untuk mewakili maktab ke pertandingan kagum. antara acara yang dipertandingkan ialah bola jaring, futsal, sepak takraw, bola tampar dan bola keranjang.

ada lagi program2 yg telah kami jalankan dan sertai sepanjang semester 2.....

Semester 3! semester akhir bagi program persediaan....sem nie kami perlu pergi camping di Taman Rehlah salah satu program Sukan rekreasi. first time naik bukit Paraksi...tempat org tgk anak bulan pulak tu...pengalaman baru dikala itu.


semester ini juga, kami perlu membuat persembahan kalistenik...terdapat 4 kumpulan...2 kumpulan lelaki dan 2 kumpulan perempuan...macam2 gaya serta persembahan yg ada.

pada akhir tahun 2008, Jabatan Pj serta pelatih2 Major Pj telah mengadakan anual dinner di Resort Pantai Cahaya Bulan...


p/s : serba sedikit sahaja mengenai foundation


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...