cursor

Golfer Teeing Off 3

Daisypath Friendship tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Followers

fcu communication

Friday, September 30, 2011

time to futsall

i think this sem, we all asyik jOin tOurnement saja
tapi nak dikatakan futsal ni susah jugak nak menang
.
.
.
jaga2 guys. see the ball !
lets try !

stay at you place

pemain simpanan

1st match - seri ( 0-0)

tunjuk ajar coach

1st day datang, perlawanan canceel sebab hujan

keputusan semasa : 1 seri, 1 kalah, 1 menang.

next week ada 2 match. bersaing dalam kumpulan lagi. wish gud luck to us :)

Amali Pengukuran dan Penilaian

Tarikh : 28 September 2011
Hari : Rabu
Tempat : Stor Lama, Padang IPG KKB



ini merupakan amali yang kami lakukan untuk memengut data
sebelum itu, kami perlu membina item ujian
perlu membuat inovasi bagi setiap ujian yang kami akan jalankan
antaranya inilah inovasi yang dapat dipemerkan
even terdapat 10 inovasi atau jenis item ujian yang direka oleh kami
tetapi setiap kumpulan telah diagihkan seramai 4 orang satu kumpulan
jadi, setiap kumpulan perlu emmilih item ujian yang terbaik untuk diuji kepada rakan-rakan
kemudian, semua data akan dipindah mausk ke dalam spss untuk membuat satu analisis keseluruhan
dengan itu, kami akan cuba mendapatkan kebolehpercayaannnya.

this is our lecturer
Mr. Che Kamaruddin b Che Mamat
memantau sahaja
standing broad jump

duduk jangkau
sit up lelaki
sit up gurl
duduk jangkau
siapa yang melOmpat? tangan di belakang.
who is that ???

push up by ajaq

push up by umairah

please tOuch me ! use the correct procedure ok.




Wednesday, September 28, 2011

keyakinan di air

Keyakinan dalam air

Ratusan malah ribuan manusia mati saban tahun disebabkan lemas dalam air. Kadang kala mati mereka dikira sia-sia. Ramai daripada mangsa gagal menggunakan pertimbangan yang mudah atau gagal mematuhi arahan tentang kemahiran dan keyakinan di air yang boleh dipelajari.

Kepentingan melakukan aktiviti di air adalah perlu kepada setiap orang yang ingin menjalankan setiap aktiviti yang melibatkan air seperti di sungaiatau di laut. Pengetahuan asas seperti mengapungkan diri, menyelam, berenang dan bernafas adalah perlu diketahui dengan mendalam.

Penggunaan pakaian yang sesuai semasa menjalankan aktiviti keyakinan di air adalah perlu seperti seluar yang nipis, kasut yang ringan sebagai pengalas jika diperlukan. Selain itu, penggunaan life jacket, pelampung keselamatan dll adalah penting kepada yang kurang berkemampuan berenang dengan baik.

Bagi memastikan seseorang bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menjalani aktiviti di air seperti berkayak dll, merka perlulah mempunyau asas keyakinan dalam air yang kukuh.


Aktiviti yang membina asas keyakinan dalam air

1. Memakai baju keselamatan [ life jacket ]

· Ikatkan tali yang disediakan pada baju keselamatan

· Pastikan terdapat wisel pada setiap baju yang dipakai

· Baju keselamatan perlu dipakai dengan kemas dengan memastikanianya tidak tertolak ke atas apabila terapung.


2. Apungan dengan menggunakan life jacket.

a) Latihan bernafas

· Berdiri di dalam air, tarik nafas melalui mulut sahaja

· Tahan nafas dan selamkan muka

· Apabila nafas tak dapat ditahan lagi, dengan perlahan-lahan hembuskan melalui hidung

· Selepas semua udara dikeluarkan, angkat muka daripada air dan tarik nafas

b) Aktiviti apungan

· Asingkan peserta yang boleh berenang dengan tidak boleh berenang

· Berjalan berpegangan tangan menuju ke air sambil mendengar arahan

· Apungan berdiri

J Depa tangan – bernafas dengan tenang masih berpegangan tangan.

J buat bulatan 5-6 orang dengan berpegangan tangan

· Apungan terlentang

J Peserta berbaring dengan meluruskan kaki ke hadapan

J Depa tangan – bernafas dengan tenang

J Terlentang sambil berpegangan tangan

· Apungan meniarap

J Rebahkan badan ke hadapan

J Luruskan kaki

J Masih berpegangan tangan

· Semua di atas

J Dilakukan secara individu

J Apungan meniarap dan bergerak jaraj 3 meter

J Berenang berdua ke hadapn

J Lawan berenang

Keselamatan dalam air

Do

Dont do

- Keluar dari air jika berasa sejuk Air sejuk boleh membahayakan walaupun anda seorang perenang yang mahir

- Berenang berseorangan di dalam gelap

- Sukar mendapat bantuan jika terjadi apa2

- Perhatikan bendera kuning di kawasan berenang

- Kawasan di belakang bendera kuning adalah kawasan yang merbahaya untuk berenang

- Merosakkan apa2 papan notis atau papan tanda yang menunjukkan bahaya.

- Boleh membahayakan perenang lain jika mereka tidak dapat melihatnya

- Jauhi mereka yang bermain surf board

- Juga jauhi bot dan jet ski

- Sukar bagi mereka untuk mengelak daripada belanggar dengan perenang

- Berenang ketika bendera merah dinaikkan

- Bendera merah membawa maksud keadaan sedang merbahaya ketika itu

- Berhati-hati dengan pasang dan surut air laut

- Air pasang boleh membahayakan perenang

- Menggunakan airbates di dalam laut

- Ia mudah dibawa ombak ke tengah laut ketika anda tidak menyedarinya

- Mendengar nasihat daripada pegawai keselamatan yang bertugas

- Tugas mereka adalah untuk mengelakkan sebarang kecelakaan

- Berlari2 di tepi kolam renang dan tempat persalinan pakaian

- Menolak kawan ke kolam renang

- Mudah untuk anda terjatuh dan tercedera kerana kawasan tersebut licin

- Perhatikan papan2 tanda amaran

- Patuhi papan2 tanda tersebut untuk keselamatan semua pihak

- Bernang di kawasan dalam jika anda bukan seorang perenang yang mahir

- Memakai pelampung tangan di kaki

Jawatankuasa

Habbib Emir a/l Hassan

PISMP PJ/PK/Sivik

Pendidikan Luar.

Tugas-tugas Individu (Ahli Jawatankuasa).

Pengerusi.

· Meynyediakan mesyuarat untuk perlantikan jawatankuasa dan tugas ahli.

· Memberi dan mengarah tugasan untuk AJK lain.

· Bertindak sebagai ketua kumpulan.

· Menjaga keselamatan ahli-ahli.

· Berurusan dengan pihak tertentu untuk melaksanakan program.

Naib Pengerusi.

· Bertindak sebagai pembantu pengerusi.

· Menyiapkan sebarang tugasan yang tak dapat disiapkan oleh pengerusi.

· Mencadang dan menasihat pengerusi.

· Sentiasa berhubung dengan pengerusi.

Bendahari.

· Mencadang yuran ahli dan memunggutnya.

· Menerima dan mengagihkan anggaran perbelanjaan.

· Mengeluarkan wang pendahuluan untuk program.

· Membuat bayaran terhadap tanggungan.

· Menguruskan barangan projek dan cenderahati.

· Membuat pengiraan.

Setiausaha.

· Menguruskan hal beertulis.

· Menyediakan surat dan kertas kerja.

· Menyediakan laporan aktiviti dan program.

Ahli Jawatankuasa.

Pengangkutan.

· Menyelaras pengangkutan pergi balik.

· Berurusan dengan pihak tertentu mengenai bayaran, keselamatan barang dan keselamatan peserta.

· Menyiapkan aturcara perjalanan seperti jadual, tarikh dan masa.

· Berurusan dengan pihak tertentu untuk mendapatkan kenderaan.

Keselamatan.

· Merancang peraturan penjagaan keselamatan peserta.

· Mengenalpasti cirri-ciri keselamatan.

· Menyedia dan mengenalpasti ubatan yang perlu dibawa.

· Menyediakan jadual-jadual petugas seperti bejaga malam.

· Menyediakan peraturan keselamatan seperti peraturan perkhemahan.

Peralatan.

· Memohon, menerima, dan mengumpul segala peralatan.

· Menyenaraikan alatan untuk semakan.

· Memastikan barang pinjaman selamat.

· Agihan pengawasan.

· Menyediakan borang semakan penerimaan dan penghantaran.

· Mengenalpasti alatan yang rosak dan perlu ddiganti atau dibaiki.

Makanan.

· Merancang anggaran perbelajaan.

· Merancang dengan siitematik.

· Penyusunan jadual bertugas.

· Merancang pengagihan cara makan seperti sarapan, makan tengahari, dan makan malam.

· Menyelaras kedudukan dapur samaada sstrategik dan berdekatan dengan ssumber air.

· Mengetahui alatan diperlukan.

Aktiviti.

· Merancang, menyedia, dan menyusun program aktiviti, koordinasi dengan AJK lain.

· Mengagihkan tugas, mengatur aktiviti, mengawal keselamatan peserta, dan menyediakan alatan.

· Memastikan semua mendapat maklumat jelas, menyediakan aktiviti tambahan.

· Membuat anggaran perbelanjaan dan membuat laporan aktiviti.

ikhtiar hidup

Ikhtiar Hidup

1. Pengenalan

- Bermaksud, usaha untuk terus hidup dalam suatu keadaan genting atau ikthiar yang perlu dilakukan oleh seseorang ketika menghadapi ancaman dan masalah bekalan makanan.

- Merupakan salah satu aktiviti dalam pendidikan luar.

- Untuk menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta.

2. Contoh-contoh situasi.

- Bekalan makanan yang dibawa habis.

· Boleh mencari buah-buahan, memburu binatang dan makan sayur-sayuran atau tumbuhan.

· Mencari sumber air. Contoh tumbuhan:

§ Buluh

§ Pokok pisang

§ Akar kayu

§ Pokok mempelas

· Sumber air lain seperti di gua.

- Diancam binatang buas.

· Taburkan sedikit belerang di unggun api.

· Pastikan makanan disimpan dengan baik.

- Membuat tempat berteduh jika tiada khemah.

· Pastikan kawasan selamat.

· Tidak terlalu jauh dengan sumber air.

· Menentukan jalan keluar ketika kecemasan.

3. Boleh mencegah situasi berikut berlaku melalui:

- Perancangan perkhemahan yang teliti.

- Mental > mempunyai pengetahuan mengenai pendidikan luar sebelum menjalankan aktiviti.

- Fizikal > mempunyai tahap kecergasan yang baik untuk melakukan aktiviti.

- Material > mempunyai peralatan yang secukupnya untuk menjalankan sesuatu aktiviti.

4. Kepentingan mempelajari ilmu ikhtiar hidup.

- OBJRKTIF

Kognitif

§ Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut, di hutan, di bukit, di gunung-ganang atau sebagainya.

§ Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air.

§ Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani ikhtiar hidup.

Psikomotor

§ Dapat membina tempat perlindungan reka ganti untuk mengelakkan dari bahaya.

§ Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber makanan untuk terus hidup.

§ Dapat bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi yang kurang baik.

Afektif

§ Membina keyakinan diri untuk terus hidup.

§ Memupuk nilai-nilai murni seperti berkerjasama dan bertanggung jawab.

§ Memperkembangkan minat terhadap alam semulajadi dan adapt menimati keindahannya.

5. Konsep mencari makanan dengan tujuan pemakanan (taste test).

· CIUM@HIDU
Potong sampel yang diuji. Renyuk hingga hancur. Cium bau menerusi deria bau, otak membuat penilaian / tindak balas yang berbau busuk atau tengik mungkin beracun / berbahaya dan memabukkan.

· GATAL KULIT
Kalau tiada bau tengik, sapukan sampel tadi pada kulit yang lembut seperti lengan / perut. Gosok selama 15 minit. Sekiranya gatal atau miang, tumbuhan itu mungkin beracun.

· BIBIR, LIDAH, MULUT
Seterusnya lakukan ujian dengan deria rasa bibir, lidah & mulut. Tumbuhan tadi yang dilenyakkan diletak terus pada bibir sahaja. Sekiranya tiada kesan tidak senang, barulah dikunyah lalu dikemam 10 minit. Jika terasa loya, panas, gatal, luahkan sampel itu.

· MENELAN (LALU MEMAKAN SELEPAS 3 JAM)
Sekiranya ujian-ujian tadi tidak menunjukkan tanda bahaya, telanlah dalam kuantiti sedikit, dan tunggu 3 jam sebagai reaksi sistem pencernaan anda. Jikalau selepas 3 jam anda berasa pening kepala, sakit perut, muntah-muntah, demam dan cirit-birit, maka, sampel tadi tidak harus dimakan. Jika tiada kesan negatif, makanan itu selamat dimakan selepas direbus.

6. TINDAKAN JIKA TERMAKAN TUMBUHAN YANG BERACUN

- Dalam keadaan ikhtiar hidup, jika kita termakan tumbuhan yang beracun tindakan kecemasan adalah seperti berikut :

I. Muntahkan tumbuhan tersebut dengan cepat.

II. Minum air bersih yang telah dimasak.

III. Makan sedikit arang kayu untuk mengeluarkan keracunan dalam badan.

IV. Dapat bantuan perubatan dengan segera.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...