cursor

Golfer Teeing Off 3

Daisypath Friendship tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Followers

fcu communication

Thursday, January 6, 2011

::Jadual Pengajian Sem 5::

AHAD

7.45-8.45 (Tutorial)

8.45-10.45 (Perhimpunan)

11.45-12.45 (KE4) di Q8 - Tuan Haji Aziz

ISNIN

7.45-9.45 (JM13-Hoki) di padang - Tuan Haji Aziz

10.45-12.45 (SK3) di K40 - En. Razak

SELASA

7.45-9.45 (WA12) di padang - En. Wan Suhaimi

10.45-12.45 (KE4) di R10 - En. Noorlan

RABU

7.45-9.45 (JM13-badminton) di padang- En. Wan Suhaimi

10.45-12.45 (ED6) di Q2 - En. Khusairi

4.00-6.00 (JM12) di DG/padang - En. Yazid

KHAMIS

9.45-11.45 (SK3) di NN3 - En. Razak

11.45-12.45 (ED6) di Q2 - En. Khusairi

2.00-4.00 (JM12) di DG/padang - En. Yazid

KE4-kesihatan

WA12-olahraga

ED6-budaya pmbljrn

JM12-pgurusan sukan

JM13-hoki/badminton

HARAP MAKLUM............

Wednesday, January 5, 2011

::buku baru 2011::

alhamdulillah...
sekarang sudah masuk ke semester baru
we olls kekal sebagai PJ ELITE
nama yang gah!!!
we olls semua dah decide KK and PKK semester baru ni
so, keputusannya ialah Habbib and Nina
all the team can give your cooperate with the new KK and PKK







Monday, December 6, 2010

:: BIG sem 4 ::

BIG 1

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah dan izinnya dapat juga kami melaksanakan program Bina Insan Guru buat kali ke empat di Masjid Taman Mesra di Pengkalan Chepa. Saya bersama-sama rakan-rakan yang lain daripada Pismp Pj semester 4 merancang serta melaksanakan program gotong-royong di masjid tersebut. Kami berkumpul seawal 8.00 pagi di perkarangan masjid dengan menaiki kenderaan sendiri. Ada yang menaiki motor dan ada yang menaiki kereta. Persiapan awal yang telah dijalankan sebelum melaksanakan program gotong-royong ini dengan membuat kertas kerja terlebih dahulu. Setelah mendapat persetujuan, ahli jawatankuasa yang terlibat dalam urusan di masjid berkenaan. Sempena bulan syawal selain dapat melengkapkan silibus yang terdapat dalam Bina Insan guru kali ini, saya dan rakan-rakan yang lain dapat memberikan amal bakti kami. Program Bina Insan Guru (BIG) adalah satu program yang dirancang khusus untuk pelajar yang sedang menjalani latihan perguruan. Ini adalah bertujuan untuk melahirkan bakal-bakal pendidik yang berkualiti dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Bina Insan Guru yang diadakan pada semester ini ialah khidmat masyarakat dan ianya wajib ditempuhi oleh semua guru pelatih. Berdasarkan program yang telah dianjurkan ini, Program ini untuk memenuhi kehendak dalam Program Bina Insan Guru (BIG) yang perlu ditempuhi oleh semua pelajar. Merupakan suatu aktiviti penting bagi merealisasikan kehendak Bahagian Pendidikan Guru untuk menghasilkan guru yang berkualiti dan berdaya saing.

Sebelum saya dan rakan-rakan saya pergi ke program itu, saya selaku Ahli Jawatan Kuasa telah membuat buku program untuk menjalankan aktiviti khidmat masyarakat. Selain itu, setiausaha telah melangsaikan tugasannya untuk membuat kertas kerja agar ianya dapat diluluskan. Setelah ianya diluluskan, Ahli Jawatankuasa peralatan telah memohon peralatan untuk digunakan semasa melakukan khidmat masyarakat. Setiap orang melakukan tugas masing-masing. Walau bagaimanapun, nilai tolong-menolong diterapkan di dalam diri masing-masing agar kerja dapat dijalankan dengan lebih lancar lagi. Selain itu, kami juga sering diberi maklumat terbaru oleh Pengerusi kami iaitu Mazlan. Beliau banyak memberi komitmen dalam menjayakan program ini. Semasa di sana, kami berkumpul terlebih dahulu untuk diberi taklimat oleh Pengerusi kami. Beliau telah berjumpa imam masjid tersebut untuk meminta kebenaran melakukan program yang telah dijanjikan. Kami telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian lelaki dan perempuan. Kami telah melakukan pembersihan di bahagian tandas, dalam masjid dan di luar masjid. Kami bekerjasama untuk melakukan tugasan berikut. Saya telah membersihkan tempat mengambil air sembahyang serta tandas lelaki dan perempuan bersama dua rakan saya juga. Bila bekerja bersama-sama saya merasakan keseronokkan melakukannya. Kemudian, saya juga membersihkan sliding yang ada di sekitar masjid bersama rakan-rakan saya yang menguruskan tempat berkenaan. Setiap apa yang dirancang dan diaturkan pasti mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Begitu juga dengan progran Bina Insan Guru ini. Program ini berhasrat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

Dalam masa yang sama, program ini diharap dapat menghasilkan guru yang berkualiti dalam semua aspek kehidupan terutamanya aspek pendidikan dan pergaulan. Membentuk Guru Pelatih menjadi seorang guru yang berdaya saing. Memberi keyakinan kepada Guru Pelatih dalam berhadapan dengan komuniti sekolah yang mempunyai pelbagai ragam dan acuan. Di samping itu juga, matlamat program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan Guru Pelatih akan kepentingan pergaulan antara guru-guru dengan murid-murid dan guru-guru dengan masyarakat sekolah.

Kesimpulannya, apabila setiap guru pelatih tamat menjalani program Bina Insan Guru (BIG) ini, Bahagian Pendidikan Guru amat mengharapkan agar setiap perisian program yang disusun akan mejadikan Guru Pelatih sebagai bakal guru yang menunjukkan dan mengetahui ciri–ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama. Guru pelatih juga diharapkan akan memiliki ketahanan fizikal, mental dan semangat juang. Amat penting bagi guru pelatih untuk menguasai kemahiran asas interpersonal serta menguasai kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan dalam membentuk jati diri sebagai bakal insan pendidik. Dan akhir sekali, guru pelatih diharapakan agar dapat memperkembangkan potensi sebagai insan melalui pembinaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas.

BIG 2

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah dan izinnya dapat juga kami melaksanakan program Bina Insan Guru bagi semester ini. Walau bagaimanapun, semester ini kebiasaannnya kami perlulah membuat program anak angkat. Berikutan bajet yang tidak mencukupi bagi tahun ini, ia hanya diadakan dalam satu majlis gotong-royong sahaja. Kami dikendaki berkumpul di perkarangan institut pada pukul 8.30 pagi. Terdapat para pelatih yang menaiki kenderaan sendiri sama ada menaiki kereta mahupun motosikal. Saya bersama 2 orang lagi rakan saya mengambil keputusan untuk menaiki kereta. Kami telah konvoi kesana dengan beberapa buah kereta, beberapa biji motorsikal dan 3 buah bas.

Setibanya di sana, kami telah diberikan taklimat mengenai tugasan yang perlu kami lakukan. Kita dapat melihat majlis ini dijalankan berlangsung mengikut tugas-tugas yang telah ditetapkan oleh pegawai BIG kami semua. Bagi unit PJ/PK/PSK bersama MT/PJ/BI 2 kami ditempatkan di rumah Encik Zainol untuk menguruskan mengenai majlis penutupan dan jamuan makan. Saya dan rakan-rakan telah membantu dalam menyiapkan juadah makanan di dapur bersama orang-orang kampung. Amalan gotong-royong ini dapat menerapkan nilai tolong-menolong dalam diri kita semua. Selain itu, kita juga perlulah mengamalkan sifat menghormati orang tua. Kita perlulah hormat terhadap mak cik-mak cik yang berada di situ. Membantu dalam pekerjaan mereka. Selain itu, kita juga sebagai seorang wanita perlulah meringankan beban mereka dalam menjalankan tugas mereka. Jadi, kita hendaklah memberikan pertolongan dengan hati yang ikhlas. Oleh hal demikian, program seumpama ini perlulah dijalankan bagi melahir bakal pendidik dalam menyertai aktiviti kemasyarakatan.

Walaupun saya juga tahu mengenai sebilangan pelajar unit lain yang curi tulang dalam melaksanakan tugasan berikutan terlalu ramai yang membuat kerja. Walau bagaimanapun, ianya dapat dilakukan bersama. Bagi yang telah curi tulang ketika membuat aktiviti gotong-royong ini, mereka itu tidak emmpunyai kesedaran sivik dalam diri mereka.

Setiap apa yang dirancang dan diaturkan pasti mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Begitu juga dengan progran Bina Insan Guru ini. Program ini berhasrat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

Dalam masa yang sama, program ini diharap dapat menghasilkan guru yang berkualiti dalam semua aspek kehidupan terutamanya aspek pendidikan dan pergaulan. Membentuk Guru Pelatih menjadi seorang guru yang berdaya saing. Memberi keyakinan kepada Guru Pelatih dalam berhadapan dengan komuniti sekolah yang mempunyai pelbagai ragam dan acuan. Di samping itu juga, matlamat program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan Guru Pelatih akan kepentingan pergaulan antara guru-guru dengan murid-murid dan guru-guru dengan masyarakat sekolah.

Kesimpulannya, apabila setiap guru pelatih tamat menjalani program Bina Insan Guru (BIG) ini, Bahagian Pendidikan Guru amat mengharapkan agar setiap perisian program yang disusun akan mejadikan Guru Pelatih sebagai bakal guru yang menunjukkan dan mengetahui ciri–ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama. Guru pelatih juga diharapkan akan memiliki ketahanan fizikal, mental dan semangat juang. Amat penting bagi guru pelatih untuk menguasai kemahiran asas interpersonal serta menguasai kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan dalam membentuk jati diri sebagai bakal insan pendidik. Dan akhir sekali, guru pelatih diharapakan agar dapat memperkembangkan potensi sebagai insan melalui pembinaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas.

Saturday, December 4, 2010

:: TeaTer MuzIkaL 2010::

the interesting moment that we had
we olls semua berlakon dalam teater muzikal
memang lari dari tema betul
tema flora and fauna
tapi we olls kasi tema lain
tapi kalau diikutkan, lecturer kata boleh je buat tem
a lain
tapi, last2 minute kan
nak tengok apa
we olls buat???
terjah jom!!!
bila budak pj masuk pentas



overall pementasan

watak : ayuni

background image 'pentas teater'
ayuni and ibu

setanss dibintangi oleh abe and wan
wan
hilmi : abg pari
hafiz : bunga
nina : bunga

Monday, October 18, 2010

::aktiviti-aktiviti semester 4::

so, mari kita rasai kenikmatan ketika di semester 4
hanya kenangan yang telah disimpan sahaja dapat dicoretkan
semeasa di semester 4, kami telah mengharungi subjek2 yang menguji minda
we learnt to be teacher
how to manage student in the class
we know about microteaching
subjek2 yang we olls pelajari dalam semester 4 ialah :

1) pedagogi pj-our subject major
2) pedagogi kesihatan - minor 1
3) pend. sivik dan kewarganegaraan - minor 2

then, another subjek ialah:
TDP stand for teknologi dalam pendidikan
SDP stand for seni dalam pendidikan

amali for sem 4:
bola baling and bola tampar




Sunday, October 17, 2010

::+_ceritera semester 4 meniti waktu_+::


...wajah2 2010...

MyEm0.Com

::ala-ala cowboy mix::





how long???

fuh....
dah penuh sawang2 kat blog ni...sudah lama tidak update blog nie...
sudah bermacam2 yang berlaku...
daripada 21 orang kat dalam grup kls nie...
sekarang cuma tinggal 20 orang jer...
sem 4 nie byk jugak dugaan..
tohmahan yg kami terima...macam2 ada..sedih ada...pilu ada...
like other, kami ada hati dan perasaan...
y we all hve called as a loser...
nthg special about us....
by the way...if we don't want to change starting now?
hw long dat we have to face diz quotes for us???
MyEm0.Com
we as a loser!!!
something stupid quotes...y dont you all changed???
please make it real..
dont juz at your mouth only..
MyEm0.Com
but, nthg exchanged...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...