cursor

Golfer Teeing Off 3

Daisypath Friendship tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Followers

fcu communication

Thursday, April 15, 2010

oUr PendIdikan LuAr 2010~~~


pendidikan luar?wah, nampaknya semua sudah hampir selesai lah..macam2 aktiviti yg kami telah biat..6 hari yang amat bermakna bagi memenuhi silibus PL sem nie...2 hari di Taman Rehlah n 4 hari d Pulau Perhentian... 1st day, sampai di Rehlah kne bukak khemah jugak...kemas dapur...bukak fly n ground sheet jugak lar...kul 2 mase 1st day da kne amali abseiling lar...best wooooo....kitorg sumer ley buat walaupun mla2 rse cam takut jugak..walau ader yg dah ada pengalaman...mne taknyer sbb abseiling ats pokok..mne penah buat tue...hahah..mlm biasa jer...ikut turn sentri la msg2....


2nd day...mmg memenatkan lar .. mne tak nyer..2nd day la kne wat amali kayak...dari pagi smpi petang... pagi amali ler..pengenalan kpd alatan n then amali kne buat pusingan 8, mengundur, drift, membuat pusing 360 darjah...ada la lg..petang kul 3 bru lar ader kembara kayak lak..best jgak...semuar berparner..enjoy..tp pengalaman melawan arus..smpikan ader yg capsize....yg tu memang original nyer capsize...bkn poyo nyer..hahaha...lawan arus memang ssh la...satu kayak je yg boleh smpi keseberang setelah menongkah arus....

3rd days....ari yg kami lalui dr rehlah ke perhentian..sekejap je..tapi penat sbb mengangkut brg...semua bekerjasama lm satu pasukan..bgus2 cikgu2 pj3 nie..thumbs up to all of u!!!tapi di perhentian bermulalah satu penyiksaan...ops, terlebey sudah..bkn penyiksaan tapi cabaran baru kerana bermulalalah kami perlu mengendalikan sistem perkhemahan kami dari merancang kedudukan khemah...selain itu, kami juga perlu mengisi masa kami dan berkejaran untuk menyediakan tapak perkhemahan yang stategik...berjayakah kami?keutusannya berada di tangan pensyarah lar..kami hanya merancang...kaki, tangan dan otak kami bergerak..hasilnya itu sahaja apa yang kami terdaya....kami sudah mencuba sehabis baik dengan masa yang kami ada...batas kami terhad dengan anggota kami hanya 21 orang..berkejaran memebuat semua perkara..kadang kala bagi perempuan, kamilah perempuan n kamilah lelaki...bagi kaum leleaki pula, kamilah lelaki n kamilah perempuan..bkn nak kata apa..sbb kerja2 masak, membuat gajet kami semua menempuhi bersama...kena marah?perkara biasa la...redha je la ek...sabar je wahai hati kami nie...stress, xpayah ckp la..mmg stress pn...tapi, kami lakukan juga..mse 3rd day ni jugak kami riadah waktu petang..best n syiok jugak men polo air..tp da lewat dah trn laut pown...wat ever, kami epy bersama...hahahah-wink-
4th day...pagi2 snorkeling la..best nyer dpt tengok hidupan laut....memang syiok abes la...nsib bek leh kuasai mcm ne nk snorkeling..dpt tengok ikan nemo..then dpt bg makanan or biskut kat ikan..nest lar...coral2 hidup n ader juga coral yg dah mati...petang plak kne wat orienteering...kne buat n cara yg kumpulan len pnyer...senang jer lau bg klu betul..kalu x mmg ssh la nk setel an...mlm tu plak...huhuhumlm kne jungle walk..seram jugak lau dengar citer yg xdiingini tuh..tp alhamdulillah la xd apa2 yg berlaku kepada kami..balik dr jungle walk dpt jemputan mkn bbq sek2 penjara...join lar...kenyang lagik...
5th day...hari yg padat jugak..mana tidaknyer...hari kembara kami semua..penat la naik n turun bukit..merentas atau mengelilingi pulau nie...malalui chalet2...tapi kami jugak ada task untuk dlakukan masa dalam perjalanan...dari 10 pagi smpi 4 petang perjalanan kembara kami..sampi campsite kitorg kne buat persiapan mlm kenudayaan pulak..dengan xmndi nyer kami buat persediaan untuk mlm kebidayaan..tidak disangka-sangka jugak kerana kami berjaya membuat kejutan...kami juga tak sangga kerana smuanya bukan dlm perancangan..secara spontan..alhamdulillah la...
6th day....persiapan untuk kembali ke maktab~~~



















Friday, March 19, 2010

SBE oh SBe~~

AmpaknyE semUa dAh bErsEdiA untuK mEnjAlankAn SBE a.k.a SchOOl basED eXpiRieNcE di SeKolAh2 yanG mEnJadi pIlihAn GuRu pElAtih...sEmogA sElAmaT mEnjAlAnkAn SBE sEmua kEpadA guRu2 pElAtih SmEstEr 3...

jAngAh lupa unTuk mEnyiApkAn tugAsAn yAnG dibErikAn sEpAnjAnG SBE...lEpAs cUti diHarAp Semua dapat menghAntAr tugAsAn YeP...

n

Thursday, March 4, 2010

Kursus Keterampilan Diri..

Ni nak cerita sedikit mengenai Bina Insan Guru sem nie...memang best giler la..last week 27 Februari, kelas kami telah mengadakan Kursus Keterampilan Diri di SK Kedai Buloh 1....pengalaman yang tidak dapat dilupakan....Kursus ini adlah anjuran Unit Hal Ehwal Murid SK Kedai Buloh 1 dengan kerjasama PISMP PJ3 semester 3 IPG Kampus KOta Bharu..














Lawatan Ke Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu

Pendidikan Keselamtan (PKE) merupakan salah satu mata pelajaran elektif 1 bagi pelajar PISMP PJ/BI/BM semester 3. Program ini dirancang bersama-sama pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi melicinkan program. Program ini bertujuan bagi memenuhi sukatan pelajaran yang terkandung dalam subjek Pendidikan Jasmani (Pendidikan Keselamatan). Program ini juga dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang aspek-aspek keselamatan dan kepentingannya dalam pengurusan dan terhadap individu yang terlibat.

Objektif yang ingin dicapai adalah Memenuhi sukatan pelajaran yang terkandung dalam subjek Pendidikan Jasmani yang berkaitan dengan Pendidikan Keselamatan. Memahami dengan lebih mendalam tentang Pendidikan Keselamatan. Memenuhi tugasan mata pelajaran wajib yang membawa kepada markah akhir kursus. Menjelaskan jenis-jenis penaksiran dan prosedur yang berkaitan dengan Pendidikan Keselamatan. Mengenalpasti dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperolehi pemahaman yang koheran tentang teori dan amalan.

Selepas menerima tugasan kerja kursus ini, perancangan dibuat dengan menubuhkan satu jawatankuasa penggerak program bertujuan untuk merancang dan seterusnya melaksanakan program ini dengan jayanya. Akhirnya pendekatan diambil dengan mengemukan cadangan untuk mengadakan lawatan ilmiah ke Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kota Bharu seperti yang telah dilakukan oleh senior kami.

Selepas kata sepakat dan perbincangan daripada pensyarah penasihat tindakan seterusnya diambil dengan mengadakan perbincangan bersama pihak Jabaran Bomba dan Penyelamat Kota Bharu. Perjumpaan pertama telah dilakukan dan perbincangan mengenai program telah dibuat. Pelbagai tindakan yang perlu dibuat oleh pihak kami iaitu :

  • merancang kertas kerja yang lengkap
  • merancang tentatif program
  • berhubung dengan Pegawai Bomba

Setelah kertas kerja dirujuk kepada pensyarah penasihat dan juga diluluskan oleh pengarah, surat jemputan dihantar kepada balai yang terlibat dalam menyampaikan ceramah serta memenuhi ruang di dalam slot kami. Pelbagai dugaan yang ditempuhi semasa menguruskan atau ingin melancarkan program ini.

. Aktiviti pertama yang dilakukan oleh kami ialah diberikan taklimat terlebih dahulu pada 8.00a.m hingga 9.00 a.m. oleh seorang pegawai bomba mengenai perjalanan program di Balai Bomba dan Penyelamat. Kemudian, kami telah didedahkan mengenai tugas-tugas Bomba dan menjelaskan mengenai carta organisasi Bomba. Taklimat diberikan oleh Encik Mohd Fauzi bin Abdullah. Beliau merupakan Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat di Kota Bharu. Pertama sekali, beliau telah memperkenalkan diri dan mengalukan kedatangan kami iaitu pelajar dari Institu Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu. Seterusnya ialah beliau juga menerangkan mengenai tugas sebagai anggota Bomba. Apa yang utama sekali, kami tahu talian yang digunakan ketika berlakunya kecemasan dengan adanya penjelasan tentang carta aliran apabila berlakunya kecemasan. Semasa sesi ini dijalankan, kami telah mendapat cenderahati sebagai kenang-kenangan.

Kemudian, aktiviti ditangguhkan kerana memberi laluan kepada waktu rehat untuk minum pagi. Pada pukul 10.30a.m kami telah didedahkan dengan peralatan kebombaan dan scuba. Semasa aktiviti ini dijalankan, kami dapat mengenal jentera bomba yang telah meletakkan barang-barang keperluan untuk menyelamat. Banyak yang telah kami pelajari. Selain itu, apa yang menjadi pengalaman kami dalam aktiviti ini ialah mencuba menggunakan alat semasa menghadapi asap tebal dengan berbekalkan oksigen. Kami perlu berjalan-jalan sambil memakai alat tersebut. Kami juga dapat merasa menaiki jentera bomba. Disebabkan rapling tiada, kami melakukan aktiviti peralatan kebombaan dan scuba mengambil masa yang lama. Kami juga berpeluang mengambil gambar sepanjang melakukan aktiviti yang dijalankan.

Pada pukul 12.30 p.m kami berehat dan bersolat zohor seketika dan makan tengahari sekali. Selepas waktu rehat, kami telah didedahkan dengan alat pemadan api. Bagaimana untuk menggunakan alat pemadam api dan demonstrasi kebakaran dilakukan. Terdapat beberapa jenis alat pemadam api.

Seterusnya pada pukul 3.00p.m hingga 4.00p.m ialah detik kami belajar tentang demo jentera berat dan cara membawa hos. Terdapat pelajar dari Institut Pendiidkan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu telah membuat amali hos ini.

Thursday, February 4, 2010

lawatan ke balai bomba???

wah, hari ahad nie nk buat lawatan ke balai bomba di kota bharu????best ke ek???apa aktiviti yg dpt kami buat di sana???tunggukan entri yg akan di poskan selepas lawatan kami tu...huhuhu

JAWATANKUASA KERJA

KURSUS PENDIDIKAN LUAR 2010 KUMPULAN PISMP PJ 3

Pengerusi : Muhammad Hafiz bin Muhamad Ashhar

Naib Pengerusi : Norafidah binti Rashid

Setiausaha : Amanina Izzati binti Sabri

Naib Setiausaha : Khairurrazaq bin Mohd Fadilah

Bendahari : Tg Nur Faizah binti Tg Mohd Khaizul Anuar

Ahli Jawatankuasa

Makanan Dan Persegaran

Nomi binti Baba (Ketua)

Siti Umairah binti Hamdan

Norafidah Binti Rashid

Siti Halemahtun Binti Md Hatar

Mazlan Bin Mohammed

Tajaan Dan Cenderahati

Siti Halemahtun binti Md Hatar (Ketua)

Siti Mariam binti Kamaruzaman

Peralatan

Muhamad Syafiq Bin Che Omar (Ketua)

Fatin Farhah Binti Ahmed

Khairurrazaq Bin Mohd Fadilah

Muhammad Hafiz Bin MUhamad Ashhar

Tg Nurfaizah binti Tg Mohd Khaizul Anuar

Pengangkutan, Perhubungan Dan Penginapan

Mazlan Bin Mohammed (Ketua)

Che Azizan Bin Che Razali

Buku Program, Publisiti Dan Media

Wan Radziah Binti Wan Mat (Ketua)

Noreen Aqsha Ghafoor Binti Abdullah

Amanina Izzati Binti Sabri

Program, Aktiviti Dan Kebudayaan

Habbib Emir A/L Hassan (Ketua)

Arbaieyah Binti Draoh (Orienteering)

Siti Mariam Binti Kamaruzaman (Kayak)

Muhammad Hilmi Bin Muhamad Hanafiah (Abseiling)

Abdul Qadir Jailani Bin Mohamed (Burung Hantu)

Muhammad Ghazidi Afdzal Bin Ghazali (Kembara)

Che Azizan Bin Che Razali (Ikhtiar Hidup)

Keselamatan Dan Kebersihan

Khairuddin Bin Khaidir (Ketua)

Muhammad Ghazidi Afdzal Bin Ghazali

Semua Guru Pelatih

Kerohanian

Abdul Qadir Jailani Bin Mohamed (Ketua)

Muhammad Hilmi Bin Muhamad Hanafiah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...