cursor

Golfer Teeing Off 3

Daisypath Friendship tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Followers

fcu communication

Wednesday, September 28, 2011

Definisi Pendidikan Luar

NAMA : KHAIRUDDIN BIN KHAIDIR

NO I/C : 880730-08-5113

KUMPULAN : PISMP PJ SEM 3

Pendidikan Luar

1.0 Definisi Pendidikan Luar (outdoor education)

Outdoor’ - bermaksud pesekitaran luar atau ruang alam yang jauh dari kediaman manusia.

‘education’

· menurut Dewey ialah satu proses pertumbuhan dan perkembangan. Ia adalah satu usaha mengatur pengetahuan untuk menambah lagi pengatahuan semulajadi yang ada pada individu.

· Menurut Plato, ia adalah satu proses yang membentuk individu bersifat mulia.

· Menurut John Stuart Mill, ia adalah suatu yang dilakukan untuk diri kita atau orang lain agar membawa kita lebih hampir kepada kesempurnaan tabie malahan memahami potensi yang terdapat pada setiap daripada kita.

· Muhammad Qutb, proses untuk membina manusia yang menyeluruh- potensi fizikal, intelektual dan kerohanian.

‘Outdoor education’ - satu pengkayaan kurikulum melalui pengalaman di dalam dan untuk ( ‘in and for’ ) persekitaran luar.

2.0 Pengenalan

Tujuan utama pihak Bahagian Pendidikan Guru untuk menghasilkan guru-guru yang cekap dan berkebolehan bukan sahaja dalam bidang akedemik dan iktisas, tetapi juga dalam usaha membimbing mengenali kegiatan-kegiatan Pendidikan Luar adalah secara lebih dekat. Matlamat untuk mencapai nilai-nilai pendidikan keseluruhan memang ada terterap dalam Pendidikan Luar. Maka mereka dapatlah memainkan peranan dengan baik dalam pendidikan murid-murid apabila berkhidmat di sekolah kelak.

Pendidikan Luar merupakan aktiviti amali sebagai lanjutan dari matapelajaran di bilik darjah. Pengatahuan matapelajaran diintergrasikan dalam aktiviti praktikal secara menjalani gerakkerja Pendidikan Luar dalam bentuk gunaan (applied). Pendekatan ini dapat memperkukuhkan pembelajaran (reinforcement learning). Pengalaman yang diperolehi dengan cara ini akan meluaskan pandangan, pengetahuan dan kefahaman mereka serta menghasilkan perkembangan dan kematangan jasmani, mental, social dan emosi mereka. Dengan kata lain, Pendidikan Luar mempunyai sumber pendidikan yang bermatlamatkan kesuburan optimum individu. Oleh itu, penglibatan guru pelatih perlu diberi perhatian sewajarnya.

Pendidkan Luar juga merupakan rantaian pelbagai pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang berkesinambungan. Gerakerja Pendidikan Luar adalah berbentuk amali dari ciri-ciri ilmuan dan nilai terdapat dalam kokurikulum. Apa yang ingin kita pupuk bukan sahaja cirri-ciri keilmuan dengan nilai-nilai kerohanian dan kemanusiaan dalam kurikulum dengan cirri-ciri informal dan amali dalam Pendidikan Luar.

Kegiatan Pendidikan Luar harus mengandungi unsure perkembangan nilai-nilai dan norma-norma murni masyarakat. Bagi melahirkan warganegara yang berdisiplin serta bertanggungjawab, maka nilai-nilai tersebut perlu dihayati oleh setiap guru pelatih. Bakal-bakal guru hendaklah diberi bimbingan agar mengambil kesempatan sepenuhnya untuk memperolehi faedah mkasimum dari kegiatan-kegiatan tersebut. Dengan ini, mereka kelak akan dapat membimbing murid-murid untuk menghayati nilai-nilai yang terkandung dalam Pendidikan Luar.

3.0 Konsep Pendidikan Luar

Kegiatan Pendidikan Luar (outdoor persuit) adalah satu konsep yang luas dan sering digunakan sebagai konotasi. Ramai orang mempunyai tanggapan, definisi serta falsafah yang tersendiri. Di samping itu, terdapat juga majority yang menceburkan diri dalam kegiatan Pendidikan Luar tanpa mempunyai apa-apa tnaggapan serta kefahaman yang jelas dalam bidang ini. Persoalannya mengapa boleh berlaku begini da apakah kesannya ke atas kegiatan bidang luar.

Apabila kita memperkatakan tentang bidang kegiatan luar ini, maka perlu sekali ia diteliti dalam konteks yang berhubung dengan kesenangan (leisure), rekreasi (recreation), dan pendidikan (education).

Dalam konteks ini, maka kita akan dapat lihat bahawa :

  1. kegiatan luar adalah digunakan sebagai aktiviti kesenggangan (leisure)
  2. kegiatan luar digunakan/diamalkan sebagai aktiviti rekreasi atau riadah yang lebih mirip kepada aktiviti kesenggangan kreatif (creative and recreative).
  3. kegiatan luar adalah digunaknan/diamalkan untuk tujuan pendidikan formal dan tidak formal iaitu dalam konteks pendidikan luar (outdoor education)

Oleh itu, kita dapat rumuskan bahawa kegiatan luar ini bukan satu bidang yang wujud secara sewenang-wenangnya tanpa mempunyai definisi, konsep serta falsafahnya sendiri. Penglibatan individu dalam bidang ini bukanlah satu penglibatan yang kosong serta tanpa tujuan. Sebaliknya, setiap penyertaan dalam bidang ini adalah mempunyai kolerasi dengan usur-unsur kesenggangan, rekreasi dn pendidikan.

Berikut adalah istilah yang perlu kita ketahui dalam kegiatan luar.

OUTDOOR - ‘the open air’ ; the world away from human habitation or ‘the natural world’

OUTDOORMAN – ‘one who lives or spends much time in outdoor’ or ‘one who frequently engages in outdoor activities’

‘PERSUIT’ - ‘pengajaran’ = pengajaran mencari kepuasan.

‘pembelajaran’ = melibatkan siri dalam proses pembelajaran

4.0 Fasafah

Kegiatan luar adalah diasaskan kepada unsure-unsur kesenggangan, rekreasi dan pendidikan serta merupakan pendekatan yang bebas bagi mewujudkan keseronokkan dan kepuasan melalui aktiviti.

Bidang kegiatan luar pada dasarnya menggunakan alam semulajadi sebagai MAKMAL HIDUP untuk mendedahkan individu pada pengukuran yang realistic dalam alam semulajadi da alam reality. Individu diberi peluang untuk merasai, mengalami, menikmati, menilai dan menghargai serta berinteraksi dengan reality dan alam semulajadi.

Pengalaman hidup dapat dipertimbangkan seluas-luasnya daripada kehidupan sehari-hari kepada alam luar. Pendekatan ini disempurnakan dalam proses pendidikan berterusan (continuing education) untuk individu dan masyarakat.

Tujuan

Antara tujuan-tujuan Pendidikan Luar:

  1. memberi pendedahan pengatahuan dan kemahiran tentang rekreasi khusus
  2. menimbulkan kesedaran, minat dan kecenderungan terhadap kegiatan serta kehidupan liar.
  3. menyuburkan keseronokan dan kenikmatan terhadap kehidupan alam persekitaran semulajadi yang bebas.

5.0 Matlamat

  1. iktisas

Mmberi kesempatan kepada individu untuk memperolehi pengatahuan dan memperluaskan pengalaman serta kemahiran dalam pengendalian Pendidikan Luar di peringkat sekolah kelak.

Mewujudkan kesedaran-kesedaran dan membina sikap positif terhadap peranan dan tanggungjawab guru dalam pembentukan sahsiah bersepadu di kalangan guru pelatih.

  1. kemasyarakatan

membuat persediaan masa depan untuk individu menceburkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan.

Menyedarkan serta mengalakkan individu melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial, khidmat masyarakat yang boleh membantu usaha mencapai matlamat perpaduan negara.

Membantu dalam mewujudkan masyarakat demokratik, bermoral tinggi, sihat, berdisiplin, berdedikasi di samping mempunyai sikap taat setia dan toleransi.

  1. Penyuburan diri

Membina daya pemikiran yang tajam dan mewujudkan sifat-sifat atau cirri-ciri kepimpinan serta ketabahan di kalangan individu.

Memberi kesempatan kepada individu untuk menikmati dan memperkayakan pengalaman dan pengetahuan melalui aktiviti Pendidikan Luar.

6.0 Objektif

Antara objektifnya ialah :

  • Pelajar dapat pendedahan dan pendidikan terhadap konsep rekreasi dan kegiatan Pendidikan Luar.
  • Pelajar didedahkan pada pelbagai aktiviti rekreasi, fizikal, pendidikan untuk mewujudkan kesedaran dan motivasi luhur.
  • Pelajar mendapat latihan amali kemahiran-kemahiran asas.
  • Pelajar mendapat latihan kepimpinan dan kewarganegaraan.
  • Pelajar dapat membina kecergasan fizikal, mental, dan afektif.
  • Pelajar dapat mengukur usaha-usaha perkembangan kognitif individu.
  • Pelajar mendapat kepuasan dan kenikmatan.
  • Pelajar dapat menghargai dan menilai kembali.
  • Pelajar mendapat kesedaran keagungan Tuhan.

7.0 Pengenalan Rekreasi dan Kesenggangan


a) Definisi Rekreasi


Aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan pertandingan tetapi untuk memperolehi keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan .
Rekreasi terbahagi kepada 2 iaitu :
i) Rekreasi dalam (in-door)
contoh : badminton, squash, boling
ii) Rekreasi luar (out-door)
contoh : abseiling, bola sepak, perkhemahan

b) Jenis Rekreasi


i) Rekreasi fizikal – cth : berbasikal
ii) Rekreasi sukan – cth : bola sepak, bola jaring
iii) Rekreasi sosial _ cth : sukan rakyat, sukaneka
iv) Rekreasi mental/linguistik – memanah, debat
v) Rekreasi Terapeutik cth : i) Muzik – J-robik, senamrobik
ii) Gerak tari – yoga, tai chi
iii) Drama - teater, pantomi

c) Definisi Kesenggangan


Masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan memberikan kepuasan kepada seseorang individu



Jenis Kesenggangan


i. Masa terluang (free-time)
ii. Masa senggang (leisure time)
iii. Penggunaan masa lapang


Konsep rekreasi dan kesenggangan


a) Konsep rekreasi


Antara konsep-konsep rekreasi :
Kepuasan kendiri (personal filfillment)
i) Fungsi, nilai dan impak rekreasi ke atas tingkah laku,
ekonomi, sosiobudaya, politik, sekitaran dan kesihatan
bangsa dan negara.
ii) Ekspresi kreatif dan apresiasi estetika
iii) Hubungan manusia yang demokratik
iv) Pembentukan personaliti dan sikap positif serta
berkeyakinan melalui aktiviti rekreasi dan
kesenggangan



b) Konsep kesenggangan


Mengikut Konsep kesenggangan Aristotle :
i)Senggang sebagai keseronokan
ii)Senggang sebagai kerja
iii)Senggang sebagai aktiviti
iv)Senggang sebagai pelengkap kesempurnaan kendiri
v)Keseronokan dan kepuasan
vi)Kesukarelaan
vii)Konstruktif


c) Perkhidmatan rekreasi dan kesenggangan dari perspektif


i)Luar bandar
ii)Bandar
iii)Populasi istimewa
iv)Pembangunan program rekreasi dan kesenggangan di Malaysia
v)Organisasi dan pertubuhan rekreasi dan kesenggangan di Malaysia

Bidang aktiviti program rekreasi dan kesenggangan


Di antara contoh bidang, aktiviti program rekreasi dan kesenggangan:
i)Drama
ii)Seni dan kraft
iii)Budaya melalui muzik dan tarian
iv)Sukan
v)Rekreasi luar
vi)Rekreasi sosial
vii)Rekreasi mental/linguistic



Kepimpinan dan perkembangan program rekreasi dan kesenggangan


a)Perancangan program
i)Organisasi
ii)Implementasi
iii)Promosi
iv)Penilaian

b) Pendidikan rekreasi dan kesenggangan

c) Pengurusan perlancongan sukan


Fungsi, nilai dan implikasi rekreasi dan kesenggangan


a)Fungsi Rekreasi dan kesenggangan
i)Pembentukan personaliti
ii)Pembangunan insan
iii)Pembangunan negara
iv)Kepemimpinan
v)Dinamika kumpulan
vi)Gaya hidup sihat
vii)Sosialisasi
viii)Pendidikan sepanjang hayat
viiii)Kecerdasan pelbagai


b) Nilai Rekreasi dan Kesenggangan

c) Implikasi Rekreasi dan Kesenggangan
i)Individu
ii)Keluarga
iii)Masyarakat
iv)Negara

BIBLIOGRAFI

paperwork tenis

KEJOHANAN TENIS PERINGKAT IPGM KKB
GERKO TENIS PISMP SEM 2
TAHUN 2009

1.0 Pengenalan
Sukan tenis merupakan salah satu sukan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sukan teras negara. Menyedari hakikat ini, Majlis Tertinggi Gerko Tenis semester ini telah mengambil inisiatif untuk mencungkil bakat-bakat dikalangan guru-guru pelatih terutama di Institut Pendidikan guru Malaysia Kampus Kota Bharu khusunya dengan penganjuran Kejohanan Tenis Peringkat IPGM KKB 2009. Ini sejajar dengan kehendah Yang dinyatakan dalam silibus Gerko bagi semester ini untuk menganjurkan sesuatu kejohanan permainan.

2.0 Objektif
a. Memperkenalkan dan mempromosikan sukan tenis di kalangan bakal guru bagi mengajar generasi akar umbi kelak.

b. Memajukan sukan tenis sebagai sukan teras di peringkat institusi.

c. Melahirkan pelajar-pelajar yang aktif dan sihat dari segi rohani, jasmani, intelek dan sosial.

d. Mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturrahim antara pelajar-pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu melalui pertandingan tenis ini.

3.0 Tentatif Pelaksanaan

Tarikh : 23 Oktober 2009 dan 24 Oktober 2009(Jumaat dan Sabtu)
Masa : 8.00 pagi- 6.00 petang
Tempat : Gelanggang Tenis IPGM KKB

4.0 Pengelolaan/Penganjuran

Gerko Tenis Semester 2/2009
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPGM KKB


5.0 Sasaran Peserta

Pelajar-pelajar :
o PPISMP Semester 1
o PPISMP Semester 3
o PISMP Semester 2
o PISMP Semester 4
o PISMP Semester 6
o Marjon 2
o BED Math U.H

6.0 Bayaran Penyertaan

Bayaran bagi setiap peserta ialah RM5 (meliputi minuman peserta)


7.0 Jawatankuasa Pengelolaan Kejohanan
Jawatankuasa khas pengelolaan kejohanan ini yang telah dilantik oleh Ahli Gerko Tenis Sem 2/2009
Penaung : Encik Hashim Bin Deraman
Penasihat : Encik Mohd Noorlan Bin Zakaria
Ketua Pengelola : Muhammad Ariff Bin Aripin
Timb. Ketua Pengelola : Ku Mohd Hanifas Bin Ku ahmad
Setiausaha : Amanina Izzati Bt Sabri
Naib Setiausaha : Fatin farhah Bt Ahmed

Bendahari : Muhammad Azhan Bin Abu Sapian

Jawatankuasa Kecil : Publisiti
Mohd Zulkiefadly Bin Mohd Zulkifli(Ketua)
Syarifah Azureen Bt Syed Mahamud
Che Aniza Bt Che Man

Peralatan
Azizi Bin Safiai (Ketua)
Mohammad Fahmi Bin Zamri
Iklil Yaffrah Bt Yusof
Hasnah Bt Hasan

Hadiah dan Cenderahati
Siti Noor Ashikin Bt Ismail (Ketua)
Siti Nurulhashikin Bt Hanafi
Wan Nur Shafiqah Bt Wan Johari
Nor Atika Bt Harun


Persegaran
Nurhidayah Bt Karim (Ketua)
Nurul Janah Bt Ahmad
Tg Nur Faizah Bt Tg Mohd Khaizul Anuar
Norafidah Bt Rashid

Pemarkahan Jadual Pertandingan
Noreen Aqsha Ghafoor Bt Abdullah (Ketua)
Siti Halemahtun Bt Md Hatar
Arbaieyah Bt Draoh
Siti Mariam Bt Kamarulzaman
Farhana Bt Ramli

Pengadil
Mohd Afizi Bin Md Ali (Ketua)
Aqilah Nadhirah Bt Mazhanash
Fara Azira Bt Mohamad Kasim
Siti Aisyah Bt Ismail
Muhammad Arif Bin Aripin

Urusetia
Wan Radziah Bt Wan Mat (Ketua)
Siti Umairah Bt Hamdan
Nur Farhana Bt Ramli







8.0 Kewangan

8.1 PERBELANJAAN

PERKARA

BAJET

JUMLAH(RM)

Persegaran

RM 2.50 X 61 orang

93.00

Hadiah

RM 15.00 x 6 orang

90.00

Publisiti

RM 10.00

10.00

Peralatan

RM 100.00

100.00

Keselamatan

RM 12.00

12.00

JUMLAH (RM)

305.00


8.2 PENDAPATAN

PERKARA

JUMLAH

Bayaran daripada peserta

(RM 5 x 26 penyertaan)

130.00

Bayaran pelajar gerko

175.00

JUMLAH (RM)

305.00



9.0 Penutup
Kerjasama dari seluruh pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung adalah amat diharapkan bagi melancarkan lagi perjalanan program yang julung-julung kali diadakan ini.


Disediakan oleh :

_______________________
(Amanina Izzati Binti Sabri)
Setiausaha
Kejohanan Tenis
Peringkat IPGM KKB

Disemak oleh.

…………………………………….
(Encik Mohd Noorlan Bin Zakaria)
Pensyarah Penasihat,
Gerko Tenis PISMP Sem2/2009,
IPGM Kampus Kota Bharu.

Diluluskan oleh :

……………………………………….
(Encik Hashim Bin Deraman)
Pengarah,
IPGM Kampus Kota Bharu.

___________________________________________________________

LAMPIRAN 1


Jadual Tentatif Program

23 OKTOBER 2009 (JUMAAT)

7.30 pagi - 8.00 pagi Pendaftaran Peserta

8.30 pagi - 9.30 pagi Kejohanan dimulakan (pusingan awal secara kalah mati)

10.30 pagi - 1.00 petang Rehat/Jamuan Makan Tengahari/Solat

3.00 petang-6.30 petang Perlawanan diteruskan

6.30 petang Perlawanan ditangguhkan

24 OKTOBER 2009 (SABTU)

7.30 pagi - 8.00 pagi Pendaftaran Peserta

8.30 pagi - 9.30 pagi Kejohanan yang tertangguhdimulakan semula

10.30 pagi - 1.00 petang Rehat/Jamuan Makan Tengahari/Solat

3.00 petang-6.30 petang Perlawanan diteruskan

6.30 petang Penyampaian Hadiah/Bersurai

______________________________________________________________________________________

LAMPIRAN 2

PERATURAN DAN SYARAT

KEJOHANAN TENIS PERINGKAT IPGM KKB 2009

1.0 NAMA PERTANDINGAN

Kejohanan Tenis Peringkat IPGM KKB 2009

2.0 PENGANJUR

Gerko Tenis PISMP Semester 2

3.0 PENGELOLA

Jawatankuasa Khas yang telah dilantik oleh Gerko Tenis PISMP Semester 2

4.0 PERATURAN UMUM

Undang-undang dan Peraturan Undang-Undang Kesatuan Lawn Tenis Malaysia ( LTM ) 2006 - 2007..

5.0 PERATURAN TAMBAHAN

Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Penganjur adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras den gan matlamat penganjuran

6.0 JENIS PERTANDINGAN

6.1 Kejohanan Individu.

7.0 HADIAH – HADIAH

7.1 Acara Individu - Pertama, Kedua dan Ketiga

8.0 ACARA PERTANDINGAN

8.1 Acara TERBUKA hanya dibenarkan disertai oleh peserta – peserta daripada guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu.

8.2 Peserta yang dihadkan dalam pertandingan ini ialah sebanyak 26 orang sahaja.

8.3 Peserta dibahagi kepada dua kategori iaitu kategori lelaki dan kategori perempuan.

9.0 PENDAFTARAN PESERTA – PESERTA

9.1 Pendaftaran peserta perlu dilakukan pada hari pertandingan.

10.0 PENGESAHAN PESERTA – PESERTA

10.1 Penganjur akan memberi mandat kepada Jawatankuasa Pertandingan 1 hari sebelum kejohanan untuk membuat undian dan buku pertandingan akan dikeluarkan serta diedarkan kepada peserta.

11.0 PENARIKAN DIRI SEMASA KEJOHANAN DIJALANKAN

Jika didapati seseorang peserta setelah disahkan semasa Taklimat Pengurus-Pengurus Pasukan, tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acaranya, KECUALI jika dapat mengemukakan surat pengesahan sakil / cedera daripada Pegawai Perubatan Kejohanan, atlet berkenaan berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya.

Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mangambil bahagian dalam pusingan awal, tanpa surat pengesahan sakit / cedera daripada Pegawai Perubatan Kejohanan, adalah dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara seterusnya yang didaftar atas namanya.

Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat Pegawai Peubatan Kejohanan, hanya boleh mengambil bahagian seterusnya dalam semua acara yang didaftarkan atas namanya dengan mengemukakan surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kejohanan kepada Pengurus Kejohanan

12.0 MELAPORKAN DIRI PESERTA

12.1 Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh peserta itu sendiri

12.2 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam arena pertandingan

12.3 Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acara-acara mereka TIDAK AKAN DIBUAT. Maklumat meminta peserta melaporkan diri hanya disiarkan dipapan kenyataan di tempat Penyelia Peserta. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pindaan dalam susunan acara atau program kejohanan.

12.4 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan mempunyai peralatan permainan masing-masing yang lengkap

12.5 Apabila melaporkan diri untuk tiap-tiap acara, seseorang peserta mesti menunjukkan nombor daftar peserta sebagaimana yang didaftarkan kepada Penyelia Peserta berkenaan. Sekiranya arahan ini tidak dipatuhi, peserta berkenaan TIDAK AKAN DIBENARKAN menyertai acara itu.

12.6 Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 15 minit sebelum acara meraka dimulakan, TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara tersebut dan akan dianggap sebagai telah menarik diri

13.0 PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN

Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena pertandingan.

14.0 MEMANASKAN BADAN

Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan

15.0 BANTAHAN

Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 147 LTM, kecuali perkara-perkara berikut :

15.1 Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah

dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada Lima belas ( 15 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara pusingan awal

15.2 Tiga puluh ( 30 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara peringkat akhir

15.3 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan wang Pertaruhan sebanyak RM 50.00 ( Ringgit Malaysia : Lima Puluh Sahaja )

16.0 HAK – HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik, berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan, peserta akan diberitahu.

16.1 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam Undang-Undang LTM terkini.

17.0 HAL – HAL LAIN

17.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut.

17.2 Selain daripada Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPAPUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.

17.3 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan / harta benda atau sebarang kecedaarn lain berlaku :

a. Semasa perjalanan pergi dan balik dari sekolah ke kompleks sukan

b. Semasa kejohanan dijalankan

c. Di dalam dan di luar kawasan kompleks sukan

17.4 Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah.





Attention dan Prestasi

Note for Motor Learning

Attention

• Dimensi Tumpuan:

1. Keluasan Tumpuan – berkait rapat dengan bilangan stimulus yang diberikan tumpuan atau yang difokus oleh seseorang individu pada sesuatu masa dari sempit kepada luas.

· Contoh: penjaga gol perlu meluaskan tumpuannya dengan menilai pergerakan lawan.

2. Arah Tumpuan – merujuk kepada tahap dimana individu mengarahkan tumpuannya sama ada ke dalaman (perasaan & pemikiran) atau luaran (tindakan terhadap sitimulus).

· Contoh: penjaga gol tadi perlu mengatasi perasaan takut dan bimbang untuk membuat keputusan yang tepat.

Attention dan Prestasi Sukan

1. Keluasan Tumpuan

· berkait rapat dengan bilangan stimulus yang diberikan tumpuan @ yang difokus oleh seseorang individu pada sesuatu masa

· ia berkisar dari sempit kepada luas

2. Arah Tumpuan –

· merujuk kepada tahap di mana individu mengarahkan tumpuannya sama ada ke dalam @ keluar

· dalaman – arah tumpuan kepada perasaan serta pemikiran

· luaran – beri tumpuan yang terdapat di persekitaran @ di luar dirinya

Keluasan dan Stail Tumpuan:

· Luas luaran -

· Luas dalaman -

· Sempit luaran -

· Sempit dalaman –

Masalah berkaitan dengan tumpuan

1. Terlalu memikirkan @ memberikan tumpuan kepada apa yang telah berlaku

2. Terlalu memikirkan tentang apa yang akan berlaku

3. Memberikan tumpuan kepada terlalu banyak “kiu” di persekitara.

4. Terlalu menumpukan perhatian kepada mekanik @ proses pergerakan sesuatu kemahiran yang telah dikuasai dengan baik

5. Gugup jika tertekan

6. Kepenatan / keletihan

7. Gangguan luaran

Faktor menyumbang kepada kehilangan tumpuan

· kepentingan pertandingan itu sendiri

· saat kritikal dalam sesuatu perlawanan

· penilaian ke atas pemain yang dilakukan

Cara atasi masalah tumpuan

· bicara kendiri yang positif (positive self-talk)

· mengunakan perkataan @ “kiu” untuk memfokuskan tumpuan

· berlatih dengan gangguan (simulasi)

· mewujudkan serta mengekalkan rutin

· memfokuskan terhadap peranan masa kini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...