cursor

Golfer Teeing Off 3

Daisypath Friendship tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Followers

fcu communication

Thursday, March 4, 2010

Lawatan Ke Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu

Pendidikan Keselamtan (PKE) merupakan salah satu mata pelajaran elektif 1 bagi pelajar PISMP PJ/BI/BM semester 3. Program ini dirancang bersama-sama pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi melicinkan program. Program ini bertujuan bagi memenuhi sukatan pelajaran yang terkandung dalam subjek Pendidikan Jasmani (Pendidikan Keselamatan). Program ini juga dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang aspek-aspek keselamatan dan kepentingannya dalam pengurusan dan terhadap individu yang terlibat.

Objektif yang ingin dicapai adalah Memenuhi sukatan pelajaran yang terkandung dalam subjek Pendidikan Jasmani yang berkaitan dengan Pendidikan Keselamatan. Memahami dengan lebih mendalam tentang Pendidikan Keselamatan. Memenuhi tugasan mata pelajaran wajib yang membawa kepada markah akhir kursus. Menjelaskan jenis-jenis penaksiran dan prosedur yang berkaitan dengan Pendidikan Keselamatan. Mengenalpasti dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperolehi pemahaman yang koheran tentang teori dan amalan.

Selepas menerima tugasan kerja kursus ini, perancangan dibuat dengan menubuhkan satu jawatankuasa penggerak program bertujuan untuk merancang dan seterusnya melaksanakan program ini dengan jayanya. Akhirnya pendekatan diambil dengan mengemukan cadangan untuk mengadakan lawatan ilmiah ke Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kota Bharu seperti yang telah dilakukan oleh senior kami.

Selepas kata sepakat dan perbincangan daripada pensyarah penasihat tindakan seterusnya diambil dengan mengadakan perbincangan bersama pihak Jabaran Bomba dan Penyelamat Kota Bharu. Perjumpaan pertama telah dilakukan dan perbincangan mengenai program telah dibuat. Pelbagai tindakan yang perlu dibuat oleh pihak kami iaitu :

  • merancang kertas kerja yang lengkap
  • merancang tentatif program
  • berhubung dengan Pegawai Bomba

Setelah kertas kerja dirujuk kepada pensyarah penasihat dan juga diluluskan oleh pengarah, surat jemputan dihantar kepada balai yang terlibat dalam menyampaikan ceramah serta memenuhi ruang di dalam slot kami. Pelbagai dugaan yang ditempuhi semasa menguruskan atau ingin melancarkan program ini.

. Aktiviti pertama yang dilakukan oleh kami ialah diberikan taklimat terlebih dahulu pada 8.00a.m hingga 9.00 a.m. oleh seorang pegawai bomba mengenai perjalanan program di Balai Bomba dan Penyelamat. Kemudian, kami telah didedahkan mengenai tugas-tugas Bomba dan menjelaskan mengenai carta organisasi Bomba. Taklimat diberikan oleh Encik Mohd Fauzi bin Abdullah. Beliau merupakan Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat di Kota Bharu. Pertama sekali, beliau telah memperkenalkan diri dan mengalukan kedatangan kami iaitu pelajar dari Institu Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu. Seterusnya ialah beliau juga menerangkan mengenai tugas sebagai anggota Bomba. Apa yang utama sekali, kami tahu talian yang digunakan ketika berlakunya kecemasan dengan adanya penjelasan tentang carta aliran apabila berlakunya kecemasan. Semasa sesi ini dijalankan, kami telah mendapat cenderahati sebagai kenang-kenangan.

Kemudian, aktiviti ditangguhkan kerana memberi laluan kepada waktu rehat untuk minum pagi. Pada pukul 10.30a.m kami telah didedahkan dengan peralatan kebombaan dan scuba. Semasa aktiviti ini dijalankan, kami dapat mengenal jentera bomba yang telah meletakkan barang-barang keperluan untuk menyelamat. Banyak yang telah kami pelajari. Selain itu, apa yang menjadi pengalaman kami dalam aktiviti ini ialah mencuba menggunakan alat semasa menghadapi asap tebal dengan berbekalkan oksigen. Kami perlu berjalan-jalan sambil memakai alat tersebut. Kami juga dapat merasa menaiki jentera bomba. Disebabkan rapling tiada, kami melakukan aktiviti peralatan kebombaan dan scuba mengambil masa yang lama. Kami juga berpeluang mengambil gambar sepanjang melakukan aktiviti yang dijalankan.

Pada pukul 12.30 p.m kami berehat dan bersolat zohor seketika dan makan tengahari sekali. Selepas waktu rehat, kami telah didedahkan dengan alat pemadan api. Bagaimana untuk menggunakan alat pemadam api dan demonstrasi kebakaran dilakukan. Terdapat beberapa jenis alat pemadam api.

Seterusnya pada pukul 3.00p.m hingga 4.00p.m ialah detik kami belajar tentang demo jentera berat dan cara membawa hos. Terdapat pelajar dari Institut Pendiidkan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu telah membuat amali hos ini.

2 comments:

  1. boleh share contoh kertas kerja lawatan ni??

    ReplyDelete

  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...