cursor

Golfer Teeing Off 3

Daisypath Friendship tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Followers

fcu communication

Saturday, January 7, 2012

2.1.4 PEMBELAJARAN BERASASKAN KOMUNITI/MASYARAKAT

Masyarakat (society) merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan komuniti manusia yang tinggal bersama-sama.  Perkataan society datang daripada bahasa Latin societas, "perhubungan baik dengan orang lain". Perkataan societas diambil dari socius yang bererti "teman", maka makna masyarakat itu adalah berkait rapat dengan apa yang dikatakan sosial.  Pembelajaran berasaskan komuniti ini melibatkan beberapa bahagian iaitu komuniti bilik darjah yang melibatkan rakan sebaya dan guru.  Selain itu, komuniti luar bilik darjah berkaitan masyarakat setempat iaitu lebih meluas proses pembelajarannya. 
            Antara aktiviti yang dapat diaplikasikan daripada kaedah pembelajaran ini ialah gotong-royong kawasan sekolah, khidmat masyarakat di rumah orang-orang tua, membersihkan kawasan surau atau masjid serta membuat lawatan ke rumah anak-anak yatim.  Aplikasi berkaitan hasil pembelajaran berkenaan pendekatan yang ingin diterapkan lebih kepada berpusatkan pelajar, tetapi ia berlaku secara terkawal.  Kemudian, strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan tugasan boleh diterapkan di dalam lakonan, perbincangan atau menghasilkan folio.  Selain itu, kefahaman pelajar berkaitan sesuatu perkara akan lebih berkesan apabila melibatkan psikomotor.  

                             

KAEDAH PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL

      
          Pembelajaran secara kontekstual ini menetapkan objektif yang ingin dicapai ialah dapatmenghuraikan definisi pembelajaran kontekstual, menyatakan konsep pembelajaran, mengetahui matlamat, mengetahui perkaitan pembelajaran serta mengaplikasi pembelajaran kontekstual.  Kaedah pembelajaran ini menggabungkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan.  Ia menggunakan kaedah ‘hands-on’ dan ‘mind-on’.  Kontekstual ini berasal daripada Bahasa Latin iaitu:
Con=with
Textum= woven>dalam konteks
                       
                        Ia juga merupakan proses pembelajaran yang ada hubungan langsung     serta berkait rapat dengan apa yang berlaku di persekitaran, kehidupan atau   pengalaman pelajar. Berkenaan teori dan konsep pembelajaran secara     kontekstual menggariskan bahawa pembelajaran berlaku melalui pengetahuan            sedia ada dan pengetahuan baru.  Ia dapat merentasi pelbagai disiplin ilmu     (kurikulum). Sesuatu pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya ia          disampaikan oleh guru seperti dalm konteks yang pelbagai iaitu fizikal, psikologi,           budaya dan sosial.  Selain itu, ia juga disampaikan sekiranya berada di kawasn          yang berlainan atau kepelbagaian persekitaran seperti bilik darjah, makmal,          tempat kerja dan kehidupan seharian.   
                        Murid akan dapat belajar dengan lebih berkesan sekiranya peluang dan    pengalaman penglibatan disampaikan dalam konteks yang tidak asing kepada      pelajar, pelbagai strategi pembelajaran seperti komunikasi interpersonal, belajar     secara kumpulan, saing membantu dan maklum balas yang positif serta melibatkan pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke satu situasi.
                        Pembelajaran ini dapat dikaitkan dengan Teori Kecerdasan Pelbagai.       Howard Gardner mengaitkan beberapa kecerdasan pelbagai iaitu verbal          linguistik, logik matematik, naturalis, interpersonal, kinestatik, visual ruang serta     muzik.  Bentuk pembelajaran kontektual ialah seseorang murid akan melalui          pengalaman pembelajaran iaitu REACT.
                        R – Relating (menghubungkait)
                        E – Experience (mengamali)
                        A – Applying (mengaplikasi)
                        C – Cooperating (bekerjasama)
                        T – Transferring (memindahkan)

                                Selain itu, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan dalam Pembelajaran Kontekstual.  Ia mesti berkait dengan pembelajarn murid,         pengajaran guru, sokongan pentadbir, sokongan masyarakat, komunikasi antara             guru, murid, ibu bapa dan masyarakat, pembelajaran kontekstual berkesan           memerlukan gabung jalin kurikulum, kaedah pengajaran, situasi dan masa.



KAEDAH PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH


Pembelajaran luar bilik darjah ini telah diperkenalkan oleh Kementerian Pembelajaran sejak tahun 2000 lagi.  Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) adalah suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah.Ia juga merangkumi pembelajaran yang progresif. Selain itu, ia memberi fokus mengenai perkembangan potensi individu secara menyeluruh dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
            Objektif yang ditekankan ialah menyediakan murid untuk belajar sesuatu tajuk atau konsep yang akan dipelajari , atau sebagai satu proses mempelajari.  Domain pembelajaran  terdiri daripada tiga iaitu pengetahuan, sikap dan kemahiran.  Selain itu, dapt mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari di dalam kelas, memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan menyeronokkan.  Kemudian, ia juga membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman kontekstual, meningkatkan minat dan sikap murid untuk belajar, mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses, dan menganalisis data serta maklumat.  Akhir sekali, dapat menerapkan nilai-nilai murni. 
            Terdapat tiga Model PLBD iaitu Model PLBD 1 merupakan pembelajaran di luar bilik darjah iaitu di kawasan sekolah seperti makmal komputer, makmal sains dan taman sekolah.  Model PLBD 2 pula ialah berhampiran kawasan sekolah seperti taman permaianan, kawasan kampung dan luar pagar sekolah.  Model PLBD 3 ialah pembelajaran jauh dari kawasan sekolah (dengan kebenaran PPD) merupakan satu lawatan yang terancang dan berintegrasi ilmu).  Kawasan tersebut ialah kawasan sekolah lain, taman sains, universiti, pusat sukan dan taman rekreasi.
            Perancangan PLBD dilakukan sebelum, semasa dan selepas.  Sebelem pembelajaran, tujuan dan objektif PLBD.  Hasil pembelajaran  tajuk atau konsep dalam sukatan atau sikap dan kemahiran.  Ia juga perlu memenuhi segala syarat dan kehendak rasmi seperti kebenaran bertulis daripada pihak sekolah, PPD, dan ibu bapa.  Kemudian, ia juga perlu diberi taklimat berkenaan keselamatan, peraturan dan tanggungjawab guru serta murid. Sebelum memulakan pembelajaran perlu menyediakan peralatan untuk aktiviti.  Semasa aktiviti pembelajaran perlulah menyelia dan mengawal murid supaya keselamatan murid sentiasa terjaga.  Menggalakkan murid membuat pertanyaan untuk mendapat maklumat.  Membuat perhatian secara langsung dan memberi bantuan kepada yang memerlukan, mengumpul dan merekod maklumat, mematuhi peraturan  lawatan serta bekerjasama dalam kumpulan. 
            Selepas aktiviti PLBD, guru perlu memberikan maklumat tambahan jika diperlukan murid, membimbing murid membuat rumusan, menilai pembelajaran murid dan keberkesanan aktiviti PLBD, menyusun maklumat yang terkumpul, menjawab soalan-soalan tugasan dan membuat rumusan.

            

PENGENALAN KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PSK



Definisi Kaedah
Satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986)
Satu jalan untuk mencapai objektif pengajaran (Abu Saleh, 1988).
Satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran (Mok Soon Seng 1992).
  
Definisi Teknik Pengajaran
Strategi pelaksanaan yang dirancang oleh guru untuk mengendalikan pelajarannya
Kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran
dan pembelajaran (Azman Wan Chik  (1987).


Panduan Guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran (Al-Kailany, 1986)
mestilah sesuai dengan tujuan dan matlamat pelajaran
sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai
haruslah sesuai dengan tabiat (nature) pelajaran yang diajar
sepadan atau setara dengan umur pelajar
boleh atau mampu diaplikasi oleh guru
mempunyai masa yang cukup untuk
mengaplikasikan kaedah berkenaan
mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada


Teknik Pengajaran
Demonstarasi
Ceramah
Perbincangan
Sumbangsaran
Lakonan
Projek
Lawatan
Bercerita
Nyanyian
Teknik penyelesaian masalah


Kepentingan Kaedah/Teknik Pengajaran
Kepelbagaian teknik pengajaran membantu guru dalam penyampaian yang berkesan
Peluang pembelajaran (learning opportunities) dan pengalaman pembelajaran (learning experiences) akan mengubah tingkah laku pelajar dari segi kognitif, psikomotor dan afektif
Pembelajaran seharusnya menyeronokkan apabila guru menggunakan pelbagai situasi dan rangsangan samada di dalam atau di luar bilik darjah


Elemen utama dalam sesuatu pengajaran

Menarik perhatian
Menyatakan objektif pelajaran
Merangsang proses mengingat semula kandungan lepas lepas
Bahan-bahan yang boleh menimbulkan rangsangan
Memberi bimbingan
Tugasan
dan soalan
Membuat penilaian tahap penguasaan pelajar
Mengekal dan mengembangkan pengetahuan dan
kemahiran pelajar

Attention dan Prestasi



Attention
• Dimensi Tumpuan:
1.     Keluasan Tumpuan – berkait rapat dengan bilangan stimulus yang diberikan tumpuan atau yang difokus oleh seseorang individu pada sesuatu masa dari sempit kepada luas.
·          Contoh: penjaga gol perlu meluaskan tumpuannya dengan menilai pergerakan lawan.
2.     Arah Tumpuan – merujuk kepada tahap dimana individu mengarahkan tumpuannya sama ada ke dalaman (perasaan & pemikiran) atau luaran (tindakan terhadap sitimulus).
·          Contoh: penjaga gol tadi perlu mengatasi perasaan takut dan bimbang untuk membuat keputusan yang tepat.

Attention dan Prestasi Sukan
1.     Keluasan Tumpuan
·          berkait rapat dengan bilangan stimulus yang diberikan tumpuan @ yang difokus oleh seseorang individu pada sesuatu masa
·          ia berkisar dari sempit kepada luas
2.     Arah Tumpuan –
·          merujuk kepada tahap di mana individu mengarahkan tumpuannya sama ada ke dalam @ keluar
·          dalaman – arah tumpuan kepada perasaan serta pemikiran
·          luaran – beri tumpuan yang terdapat di persekitaran @ di luar dirinya
Keluasan dan Stail Tumpuan:
·          Luas luaran -
·          Luas dalaman -
·          Sempit luaran -
·          Sempit dalaman –

Masalah berkaitan dengan tumpuan
1.     Terlalu memikirkan @ memberikan tumpuan kepada apa yang telah berlaku
2.     Terlalu memikirkan tentang apa yang akan berlaku
3.     Memberikan tumpuan kepada terlalu banyak “kiu” di persekitara.
4.     Terlalu menumpukan perhatian kepada mekanik @ proses pergerakan sesuatu kemahiran yang telah dikuasai dengan baik
5.     Gugup jika tertekan
6.     Kepenatan / keletihan
7.     Gangguan luaran

Faktor menyumbang kepada kehilangan tumpuan
·          kepentingan pertandingan itu sendiri
·          saat kritikal dalam sesuatu perlawanan
·          penilaian ke atas pemain yang dilakukan

Cara atasi masalah tumpuan
·          bicara kendiri yang positif (positive self-talk)
·           mengunakan perkataan @ “kiu” untuk memfokuskan tumpuan
·          berlatih dengan gangguan (simulasi)
·          mewujudkan serta mengekalkan rutin
·          memfokuskan terhadap peranan masa kini

motor learning

Maklumbalas / Feedback
Objektif :
n  Memahami, membezakan serta memberi contoh maklumbalas dalaman (intrinsik) & luaran (ekstrinsik) .
n  Menerangkan dan membezakan Knowledge of Results (KR) dgn Knowledge of Performance (KP).
n  Menerangkan peranan serta prinsip maklumbalas luaran / tambahan.
n  Memahami pembolehubah maklumbalas luaran dari segi kandungan, penjadualan, ketepatan dan kekerapan.
n  Mengaplikasikan prinsip maklumbalas luaran dalam pengajaran-pembelajaran sukan dan pendidikan jasmani.
n  Asas – Teori Pembelajaran Thorndike (1931)
n      Maklumbalas (m.b.) perlu utk kukuhkan R – S (pembelajaran hanya akan berlaku bila ada m.b. Lagi kerap – lagi cepat pembelajaran. 
n  Konsep kawalan motor lingkaran tertutup (closed loop).
n  Maklumbalas –         banding perlakuan / matlamat yg diingini dgn apa dilakukan.
n  Dibahagi kepada :-
n  Maklumbalas dalaman (internal / intrinsik)
n  Maklumbalas luaran (external / ekstrinsik)

Maklumbalas Luaran (Augmented Feedback)
n  Augmented – menambahkan / memperluaskan
                        -  maklumbalas luaran.
n  Menambahkan apa yg diketahui oleh pelajar.
e.g. Guru - “Pulas kayu hoki dengan tangan kanan”
“Undur ke belakang bila hilang bola”
n  Maklumat yg diberi oleh sumber luar.
n  e.g.      Jurulatih, guru, papan skor, keputusan, video,gambar dsb.
Dibahagi kpd :-
n  Knowledge of Results (KR)
n  Knowledge of Performance (KP)
n  Biofeedback

3 ciri :-
n  Dalam bentuk verbal atau non-verbal.
n  Boleh diberi semasa, serta merta selepas (immediately) atau selepas beberapa lama sesuatu perlakuan.
n  Boleh menerangkan hasil perlakuan atau perlakuan tersebut.   

Knowledge of Results (KR)
n  Maklumbalas luaran tentang hasil (outcome) perlakuan atau ke arah pencapaian sesuatu matlamat.
e.g.       “Masa larian kamu ialah 55 saat” “Bagus, cuba lagi”
n  Sumber :-
n  (Jurulatih, Keputusan).

Knowledge of Performance (KP)
n  Maklumbalas tentang ciri-ciri suatu perlakuan.
e.g. “ Rapatkan siku tangan kanan sebelum hayun”
Beza KP dgn KR
KP - Memberi aspek perlakuan / prestasi

  Contoh KR dan KP
KR (verbal)
n  “Pukulan anda tersasar ke kanan”.
KR (non verbal)
n  Catatan masa pada papan skor

KP (verbal)
n  “Hayunan anda dari luar ke dalam”.
KR (non verbal)
n  Ulang tayang video

KR atau KP
KR
n  Utk sahkan maklumbalas intrinsik.
n  Pelajar / atlet x dpt menentukan hasil  perlakuan berdasarkan maklumbalas intrinsik.
n  Memotivasikan utk terus latih.
n  Utk galakkan pembelajaran penemuan (dicovery)

KP
n  Kemahiran yg perlu ciri pergerakan kompleks (gimnastik, terjun)
n  Pergeraan yg perlu pelbagai kordinasi anggota.
n  Jenis otot yg digunakan
n  KR redundant (sudah ada).

Biofeedback
n  Maklumbalas tentang proses fisiologi melalui alatan khas.
- e.g. Heart rate monitors, EMG.
n  Lebih digunakan utk rehabilitasi
- EMG – dpt latih pesakit stroke guna otot anggota.

Maklumbalas dgn Video
Keberkesanan dipengaruhi oleh :-
n  Tahap kemahiran pelajar.
n  Masa di mana maklumbalas video digunakan.
n  Disusuli dgn maklumbalas verbal.
n  Teknik yg mana lebih berkesan – pelajar lihat diri melakukan sesuatu kemahiran atau lihat model yg baik ?

Fungsi Maklumbalas Luaran
1.         Maklumat tentang perlakuan (betul / salah).
n  Keputusan / hasil sesuatu perlakuan.
n  Menerangkan kenapa sesuatu kesilapan berlaku.
n  Membetulkan sesuatu perlakuan.
2.         Motivasi
n  Maklumbalas yg sesuai (membina) dpt galak pelajar.
n  Maklumbalas negatif – kesan sebaliknya.
3.         Pengukuhan (reinforcement)
n  Pelajar akan ulang perlakuan sekiranya diberi pengukuhan positif.

Perlukah Maklumbalas Luaran ?

n  4 isu :-
n  Maklumbalas dapat bantu penguasaan kemahiran
n  Maklumbalas tidak perlu utk penguasaan kemahiran.
n  Maklumbalas boleh meningkatkan kemahiran.
n  Maklumbalas akan halang pembelajaran kemahiran.

Maklumbalas dapat membantu penguasaan kemahiran
3 situasi di mana x berkesan guna maklumbalas dalaman (sensori)
n  X dpt guna reseptor sistem sensori (e.g. tidak dpt lihat sasaran)
n  Kecederaan pd sistem sensori.
n  Ada tetapi tidak sempat guna (e.g. terjun)
n  Kesemua keadaan di atas perlu bantuan maklumbalas luaran (augmented) 

Maklumbalas tidak perlu untuk penguasaan kemahiran
n  Maklumbalas luaran spt skor dan sasaran sudah cukup utk beri maklumbalas – pemberian maklumbalas luaran tambahan – x perlu (redundant).
n  Modeling – pelajar dpt lihat dgn sendiri perlakuan model / pelajar lain.

Maklumbalas dapat meningkatkan penguasaan kemahiran
n  Setengah kemahiran dpt ditingkatkan degn maklumbalas dalaman (sensori) tetapi dgn adanya maklumbalas luaran – akan dpt tingkatkan kemahiran.
n  e.g. Masa larian diberi akan motivasikan pelajar utk
           tingkatkan kemahiran dpd yg tidak terima sebarang  
     maklumbalas.
  
n  Kemahiran yg perlu kordinasi pelbagi anggota – akan meningkat apabila diberi maklumbalas luaran.
Maklumbalas akan membantutkan pembelajaran kemahiran
n  Situasi pelajar baru (beginners) bila diberi terlalu banyak KR / KP  - akan bergantung kpd maklumbalas tersebut (dependent). Bila diuji – gagal
n  Kemahiran yg mempunyai maklumbalas sensori yg minimal atau susah utk difahami – akan akibatkan situasi di atas..

Tujuan Beri Maklumbalas Ekstrinsik
n  Bimbing pelajar / atlet cari maklumbalas intrinsik / dalaman (sensori)
n  Latih pelajar / atlet belajar sendiri.
n  Kurangkan pergantungan kpd maklumbalas ekstrinsik / luaran  (tambahan).

Isu Pemberian Maklumbalas Luaran
    n  Isi (Content)---> program, parameter, visual,  deskriptif dan preskriptif

n  Jumlah (Amount) --->  Maklumbalas kesimpulan (summary KR), Maklumbalas purata (average KR)

n  Ketepatan (Precision)---> Maklumbalas julat (bandwidth KR)
n  Kekerapan (Frequency) ----> Faded feedback, Reversed bandwidth KR, Serta merta (Instant),  Lewat (Delayed)
Jenis
Fungsi
Contoh
Program
Bantu bentuk pola /ciri perlakuan asas
Sesuai untuk pelajar baru/ tahap pembelajaran kognitif-lisan
‘ Gosok belakang badan dengan raket’
Parameter
Bantu ubahsuai ciri kinetic pergerakan
Sesuai untuk pelajar berpengalaman- tahap pembelajaran assosiatif
‘ hayun laju ke atas bola’
Visual
Maklum balas non-verbal
Sesuai untuk pelajar –intermediate & expert
Beginners perlu banyak bantuan verbal

Deskriptif
Arahkan pelajar tumpu pada sesuatu aspek perlakuan
‘ Raket masih di atas kepala’
Preskriptif
Beri cadangan/pembetulan pda perlakuan
Sesuai untuk pelajar/atlet baru
‘angkat raket ke belakang sebelum lambung bola’


Apa yg harus diberitahu
(Isi kandungan Maklumbalas)
n  KP atau KR?
n  Kombinasi kedua – berkesan.
n  Pendekatan sandwich (Fischman & Oxendine, 2001)
-           Pengukuhan – Pembetulan – Motivasi.
-           Sesi latihan – pukulan servis tenis
-           e.g.                  “ Bagus. ”
“ Cuba tumpu pd pukulan ke atas bola.”
“ Tahniah”.
n  Kesesuaian dan jenis maklumbalas  - bergantung kpd tahap kemahiran (pembelajaran ) pelajar

Jumlah (Amount) Maklumbalas  
i. Maklumbalas Kesimpulan (Summary Feedback)
n  Maklumbalas diberi pada akhir sesuatu perlakuan (selepas beberapa ulangan).
n  Hasil   – prestasi lemah semasa latihan (practice).
                        -  prestasi baik semasa ujian pengekalan (retention).

n  Kemahiran kompleks (susah) – kurangkan jarak antara ulangan  
n  Kemahiran mudah (senang) – tambah jarak ant ulangan




Faedah Maklumbalas Kesimpulan
(Summary Feedback)
n  Pelajar perlu buat percubaan sendiri utk beberapa ulangan sebelum terima maklumbalas. Selepas terima m.b. Pelajar akan gunakan utk meningkatkan prestasi sendiri.
n  Hasilkan prestasi yg lebih stabil kerana tiada m.b., pelajar tidak akan banyak buat p'ubahan dalam perlakuannya semasa latihan (practice).
n  Menggalakkan pelajar buat analisis sendiri – tumpu perhatian kpd maklumbalas dalaman (sensori).

Jumlah (Amount) Maklumbalas  
ii.  Maklumbalas Purata (Average Feedback)
n  Maklumbalas tentang purata hasil perlakuan.
n  Kesan sama dgn maklumbalas kesimpulan.
n  Lebih mudah diberi.
n  Guru / jurulatih dapat kesan perlakuan yg ekstrim (terlalu banyak salah)   

Ketepatan  dalam Maklumbalas
n  Peringkat awal pembelajaran – mb x perlu diberi tepat.
“ Pukulan anda tersasar ke sebelah kiri”.
n  Bila sudah tambah baik – mb yg lebih tepat diberi (kuantiti)
“ Pukulan anda tersasar ½ meter ke kiri”.  
n  Maklumbalas Julat (Bandwidth KR) – Sheerwood, 1988
- Mb hanya diberi apabila kesilapan berlaku di luar julat yg  
  ditetapkan.
Kelebihan Bandwidth KR :-
n   Kurangkan pergantungan kpd mb luaran / ekstrinsik.
n   Bila dapat pengukuhan -ve, pelajar akn elak ulangan.
n   Bila x mb, pelajar akan kukuhkan perlakuan yg betul.

Kekerapan (Frequency) Maklumbalas
i.          Maklumbalas Pudar (Faded KR)
n   Mb yg beransur kurang (100% - 50%)
n   Mb boleh diubahsuai utk selaras dgn tahap p'kembangan pljar
ii.         Reversed Bandwidth KR
n    Mb diberi utk perlakuan yg betul shj.
  
iii.        Maklumbalas serta merta (instant) dan lewat (delayed)
n  Mb yg diberi sebaik sahaja tamat perlakuan
n  Mb yg sengaja diberi lewat beberapa ketika.
n  Hasil – yg diberi lewat lebih baik (galak pembelajaran).   

Teori Kesan Maklumbalas
n  2 teori menerangkan kesan kekerapan dan penjadualan mb ke atas pembelajaran:- 
i.          Guidance Hypothesis (Utk Kekerapan Mb)
n  Walaupun KR yg banyak dpt bantu meningkatkan pembelajaran, terlalu banyak akan halang pelajar dpd cari maklumat kritikal dari dalaman (sensori). Pelajar jadi malas utk belajar cara penemuan/ akses kendiri. Proses pembelajaran (kekal) akan terhalang.
ii          Consistency Hypothesis (Utk Penjadualan Mb)
n  Penjadualan mb spt Bandwidth KR membolehkan pelajar buat pembetulan jangka pendek secara berterusan dan elak bentuk satu tabiat perlakuan.

Rumusan
n  Guna Mb Pudar (faded KR). Beri banyak mb pada tahap awal pembelajaran dan ansur kurang apabila kemahiran asas dikuasai.
n  Guna pelbagai bentuk mb (bandwidth, summary dan average KR) – kesan – penurunan prestasi awal (latihan) tetapi akan tingkatkan pembelajaran (pengekalan).
n  Ajar pelajar utk ajar sendiri – cari mb sensori. Bentuk mb - tanya soalan kpd pelajar.
n  Elak information overload dlm beri mb. (Instant KR)  
n  Tumpu kpd satu / dua maklumat penting semasa beri mb. Ikut urutan semasa beri tumpuan (anggota badan).
n  Beri mb ttng pola pergerakan (program) sebelum ciri kinetik (parameter).
n  Beri kombinasi mb +ve dan  -ve (dgn tujuan utk memperbaiki prestasi).
n  Galakkan pelajar tanya soalan (bentuk persekitaran yg kondusif).
n  Jangan beri mb kalau tidak tahu apa yg hendak diberikan.
n  Tidak perlu beri mb bila :-
n  Pelajar sendiri dpt lihat hasil perlakuan sendiri.
n  Pelajar / atlet yg mahir / berpengalaman.
n  Pelajar / atlet mempunyai motivasi kendiri yg tinggi.    











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...