cursor

Golfer Teeing Off 3

Daisypath Friendship tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Followers

fcu communication

Saturday, January 23, 2010

PISMP sEm1

Semasa di semester 1 ini, buat kali pertama kami pergi perkhemahan dalam Program Bina Insan Guru di Tasik Kenyir. Kami bersama-sama unit Matematik 1, Pendidikan khas dan pra sekolah ke sana. Program Bina Insan guru bagi semester ini adalah untuk memperlihatkan ciri-ciri seseorang guru. terdapat beberapa aktiviti yang ingin ditonjolkan dan diberi pendedahan kepada setiap guru pelatih.

Pergerakan asas merupakan salah satu subjek yang terkandung dalam silibus untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Jasmani semester satu. Pergerakan asas ini juga merujuk kepada pendidikan pergerakan dan ia juga dapat membantu dalam perkembangan fizikal, intelek, sosial, emosi dan jasmani individu. Justeru itu, ia dapat menyuburkan perkembangan diri individu. Selain itu, pendidikan pergerakan ini adalah satu bidang yang terkandung dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR sejak tahun 1999. Walau bagaimanapun, ianya terbahagi kepada empat komponen iaitu gimnastik pendidikan, gimnastik artistik, gimnastik irama dan pergerakan kreatif. Melalui pendedahan mengenai Pendidikan Pergerakan ini, para pelajar akan terdedah dengan keadaan alam fizikal kita. Secara keseluruhannya, pergerakan asas terdiri daripada tiga bahagian iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan.

Lokomotor merupakan satu pergerakan yang bersifat dinamik. Ianya bersifat aliran gerakan atau aliran dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Contoh pergerakan lokomotor seperti berjalan, berlari, melompat, memanjat, menggelongsor, skip dan guling hadapan. Pergerakan bukan lokomotor membawa maksud pergerakan yang dilakukan dalam keadaan yang tidak bergerak dari satu tempat ke satu tempat atau melakukan aktiviti tanpa beralih tempat. Ia juga merupakan pergerakan dalam keadaan statik serta memberi penekanan terhadap keseimbangan. Contoh pergerakan bukan lokomotor ialah duduk, berdiri, bangkit tubi, merenggang, membongkok, menghayun, rebah, bangkit dan menolak. Selain itu, terdapat satu bahagian lagi iaitu manipulatif alatan merujuk kepada manipulasi alatan perlu melibatkan penggunaan objek seperti gelung, bola kecil, kayu, batang rotan, tali, pundi kacang dan sebagainya.

Bagi aktiviti berkenaan olahraga, tugasan yang disediakan adalah untuk membuat model balapan dan acara padang. Model-model berkenaan perlu mengikut kriteria-kriteria yang betul dan skala yang digunakan perlu tepat dengan skala asal. Model balapan dan acara padang ini menggambarkan sesuatu acara balapan atau acara padang yang berada di sekolah. Selain itu, terdapat juga amali olahraga bagi acara pecut dan ‘relay’.

Selain itu, bagi semester 1ini juga, sekali lagi kami perlu menjalankan 2.4km serta ujian kecergasan. satu lagi ilah permainan kecil.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...