Apa yang menarik di tempat pameran Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang telah berlangsung tersebut ialah penyertaan dua orang tokoh bagi sukan untuk warga Pendidiakn Khas. Tokoh yang telah dijemput ialah Anirawati dan Khairul sebagai tokoh jemputan di gerai Jabatan PJK tersebut.
Penlibatan mereka bukan sahaja di peringkat Malaysia, malahan telah merantau ke luar Negara bagi mewakili Negara ke peringkat ASEAN. Terdetikkah kita bahawa warga kurang upaya ini mampu mengharumkan nama mereka sendiri dengan kekurangan diri yang sedia ada. Semanagt yang ada dalam diri mereka dengan kekurangan diri itu menjadi suntikan semangat yang berkesan. Oleh hal demikian, kita sebagai manusia yang normal boleh melakukan apa sahaja jika dibandingkan dengan orang yang kurang upaya. Kenapa mereka yang kurang upaya boleh melakukan sesuatu yang memberangsangkan seperti mewakili Negara dalam sesuatu pertandingan.
::+_pErsIapAN PaMerAn_+::
::+_Dato aLimuddin melawAt ke TApak Pameran kamI_+::
::+_tOkoh PesErta ParalimpiK_+::
Subjek2 yang kami belajar sem ni jugak merupakan subjek killer lah...mana tidaknya, semua apa yang kami belajar masa sekolah perlu diserap kembali. Sesiapa yang mengambil biologi dahulu perlu refresh otak kembali kerana kami belajar mengenai anatomi dna fisiologi. selain itu, kami juga belajar tentang Pendidikan Kesihatan Seksualiti. Bagi Pendidikan kesihatan Seksualiti, kami telah mengadakan satu seminar dengan kerjasama Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. Pengalaman untuk masuk ke makmal biologi dengan melihat rangka2 yang berasal daripada manusia sebenar yang telah diawet. Ada yang memikirkan ia adalah sesuatu yang mengerikan. Ada juga yang berani. ini kerana mayat2 yang tidak dituntut telah digunakan untuk sesi pembelajarn oleh pelajar2 perubatan.
::+_LawAtan ke mAkmal anatoMi_+::
Semester ini, kami juga sekali lagi perlu melakukan Program Bina Insan Guru. Kelas kami telah memilih Masjid Mukim Kg. Pauh iaitu di Panji.
“Kebajikan itu sebaik namanya, keramahan seramah wujudnya, dan kebaikan sebaik rasanya. Dari orang-orang yang pertama kali akan dapat merasakan manfaat dan semua itu adalah mereka yang melakukannya. Mereka ini akan merasakan ‘buah’nya seketika itu juga dalam jiwa, akhlak dan nurani mereka. Sehingga, mereka pun selalu lapang dada, tenang, tenteram dan damai.”
Program ini bertujuan untuk:
· Mendedahkan kaedah pengajaran dan pembelajaran kepada guru-guru pelatih.
· Mendedahkan suasana sebenar apabila berhadapan dengan murid-murid.
· Memberi pendedahan awal kepada guru pelatih untuk mengawal murid-murid apabila berada dalam kelas.
· Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian dan juga kehidupan bermasyarakat.
· Mewujudkan satu hubungan antara IPG dengan komuniti sekolah.
· Mengeratkan lagi hubungan sesama guru-guru pelatih.
No comments:
Post a Comment