cursor

Golfer Teeing Off 3

Daisypath Friendship tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Followers

fcu communication

Sunday, September 18, 2011

1.0 NAMA PROJEK

Program Ukhwah Bersama Pelajar Berkeperluan Khas

2.0 PENGENALAN

Program Bersama Pelajar Berkeperluan Khas, Pendidikan Jasmani Untuk Semua ini telah dirancang bagi memenuhi sukatan mata pelajaran Pendidikan Jasmani Suaian iaitu PJM3114. Oleh hal demikian, guru pelatih bagi major Pendidikan Jasmani semester ini perlu memenuhi kehendak kursus PJM3114 tersebut. Pelajar major Pendidikan Jasmani perlu melaksanakan program lawatan ilmiah ke sekolah yang mempunyai pelajar berkeperluan khas bagi menjalankan aktiviti bersama pelajar berkeperluan khas. Kursus PJM3114 ini merupakn kursus yang wajib disempurnakan oleh guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian (PISMP) Pendidikan Jasmani Pendidikan Jasmani Semester 6 Ambilan Januari 2009.

Program lawatan ilmiah ini juga merupakan satu wadah bagi 20 orang guru pelatih Pendidikan Jasmani 3 ( PJ Elite) untuk melaksanakan satu amali yang dirancang setelah mempelajari secara teori berhubung dengan pelaksanaan strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian. Melalui program yang dirancangkan ini, guru pelatih dapat melaksanakan secara praktikal apa yang telah dipelajari semasa kuliah bersama pensyarah.

Selain memenuhi kehendak kursus, program lawatan ilmiah ini dapat mengeratkan hubungan antara IPG dan Sekolah Kebangsaan Tanjung Mas. Guru pelatih juga dapat menimba pengalamna untuk mengurusan satu proses pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak berkeperluan khas ini secara langsung. Kesedaran tentang pentingnya pendidikan khususnya subjek Pendidikan Jasmani secara tidak langsung dapat merealisasikan kehendak Falsafah Pendidiakan Kebangsaan serta Falsafah Pendidikan Khas dengan bertemakan “ Pendidikan Jasmani Untuk Semua.’’


3.0 PESERTA/SASARAN

a) Guru Pelatih PJ Elite

b) Pelajar-pelajar Berkeperluan Khas

c) Guru-guru Berkeperluan Khas

4.0 OBJEKTIF

a) Memenuhi sukatan pelajaran yang terkandung dalam subjek Pendidikan Jasmani Suaian.

b) Membentuk seorang bakal guru yang berkemahiran serta berkebolehan dalam merancang dan melaksanakan P&P bersama pelajar berkeperluan khas.

c) Melahirkan guru yang serba boleh dalam merancang dan melaksanakan aktiviti yang dirancang dengan lebih berkesan.


5.0 TARIKH DAN HARI

19 September 2011 ( Isnin )

6.0 TEMPAT

SK Tanjung Mas, Kota Bharu, Kelantan.


7.0 PESERTA

Peserta yang akan menyertai program ini ialah pelajar yang terdiri daripada guru pelatih PJ Elite, pelajar-pelajar berkeperluan khas dan guru-guru berkeperluan khas SKTanjung Mas.

8.0 PENSYARAH PENGIRING

a) Encik Mohd Yazid bin Deraman

9.0 AHLI JAWATANKUASA


JAWATANKUASA INDUK PROGRAM

PENAUNG

TUAN HAJI HASHIM BIN DERAMAN

Pengarah

Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

KETUA PENASIHAT

DR. AZIZ BIN MOHD DIN

Timbalan Pengarah

Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

PENSYARAH PENASIHAT

ENCIK MOHD YAZID BIN DERAMAN

(Pensyarah Matapelajaran Pendidikan Jasmani Suaian)



JAWATANKUASA KERJA

PENGERUSI

KHAIRURRAZAQ BIN MOHD FADILAH

NAIB PENGERUSI

MAZLAN BIN MOHAMED

SETIAUSAHA

AMANINA IZZATI BINTI SABRI

BENDAHARI

TENGKU NURFAIZAH BINTI TENGKU MOHD KHAIZUL ANUAR

AHLI JAWATANKUASA PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTAN

CHE AZIZAN BIN CHE RAZALI (KETUA)

FATIN FARHAH BINTI AHMED

AHLI JAWATANKUASA PERSEGARAN

SITI HALEMAHTUN BINTI MD HATAR (KETUA)

NOMI BINTI BABA

AHLI JAWATANKUASA DOKUMENTASI

WAN RADZIAH BINTI WAN MAT (KETUA)

SITI UMAIRAH BINTI HAMDAN

KHAIRUDDIN BIN KHAIDIR

AHLI JAWATANKUASA FOTOGRAFI DAN PUBLISITI

MOHAMMAD SYAFIQ BIN CHE OMAR (KETUA)

MUHAMMAD GHAZIDI AFDZAL BIN GHAZALI

AHLI JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN

MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHAMAD ASHHAR (KETUA)

NORAFIDAH BINTI RASHID

AHLI JAWATANKUASA TUGAS KHAS DAN AKTIVITI

ABDUL QADIR JAILANI BIN MOHAMED (KETUA)

ARBAIEYAH BINTI DRAOH

SITI MARIAM BINTI KAMARAZAMAN

AHLI JAWATANKUASA HADIAH DAN CENDERAMATA

MUHAMMAD HILMI BIN MOHAMAD HANAFIAH (KETUA)

HABBIB EMIR A/L HASSAN


10.0 TENTATIF PROGRAM

Masa

Perkara

Tindakan

07.30 a.m

08.00 a.m

- Berkumpul di perkarangan Dewan Wawasan

- Sesi taklimat

- Bergerak ke SK Tanjung mas

AJK Pengangkutan

AJK Kebajikan &Keselamatan

08.00 a.m

-

8.30 a.m

- Lapor diri di SK Tanjung Mas ( Pendidikan Khas)

- Taklimat daripada Guru Pendidikan Khas SK Tanjung Mas

AJK Dokumentasi

AJK Fotografi

Semua Guru Pelatih

8.30 a.m

-

9.30 a.m

- Bersama Pelajar Berkeperluan Khas (Dalam Kelas )

Semua Guru Pelatih

9.30 a.m

-

10.30 a.m

- Bersama Pelajar Berkeperluan Khas (Padang)

Semua Guru Pelatih

10.30 a.m

-

11.00 a.m

- Rehat

AJK Persegaran

11.00 a.m

-

12.00 a.m

- Bersama Guru Cemerlang Pendidikan Khas

- Sesi soal jawab

Semua Guru Pelatih

12.00 p.m

-

1.00 p.m

- Majlis Penutup

Semua Guru Pelatih

11.0 KOS/PERUNTUKAN/PEMBIAYAAN DAN SUMBER

Sumber perbelanjaan adalah sumbangan daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu.

BIL

PERKARA

ANGGARAN

JUMLAH

SUMBER

1

Banner Program

RM50.00 x 1 buah

RM50.00

IPGKKB

2

Hamper

RM20.00 x 10 bungkus

RM200.00

IPGKKB

3

Cenderahati

RM20.00 x 1 biji

RM20.00

IPGKKB

4

Pangangkutan

-

-

IPGKKB

5

Air Mineral

2 KOTAK

-

IPGKKB

6

JUMLAH KESELURUHAN

RM270.00

12.0 PENUTUP

Program ini diharapkan dapat menigkatkan kefahaman dan pengetahuan dengan lebih mendalam bagi subjek Major Pendidikan Jasmani iaitu Pendidikan Jasmani Suaian . Program ini amat berguna kepada guru pelatih kerana dapat melihat dengan lebih dekat tentang apa yang dipelajari secara teori dan semasa kuliah. Secara tidak langsung, program ini dapat member peneguhan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.


Disediakan oleh : Disemak oleh:

(……………………………………….) (……………………..……..……………….)

AMANINA IZZATI BINTI SABRI KHAIRURRAZAQ BIN MOHD FADILAH

SETIAUSAHA PROJEK PENGERUSI PROJEK

Disahkan oleh:

(……………………………………….…….)

ENCIK MOHD YAZID BIN DERAMAN

PENSYARAH PENASIHAT

Diluluskan oleh:

(…………………………………..……….)

TUAN HAJI HASHIM BIN DERAMAN

PENGARAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU




s.k : Jabatan Hal Ehwal Pelajar
: Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
: Pensyarah Penasihat Matapelajran
: Fail Program


1.0

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...