Ikhtiar Hidup
1. Pengenalan
- Bermaksud, usaha untuk terus hidup dalam suatu keadaan genting atau ikthiar yang perlu dilakukan oleh seseorang ketika menghadapi ancaman dan masalah bekalan makanan.
- Merupakan salah satu aktiviti dalam pendidikan luar.
- Untuk menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta.
2. Contoh-contoh situasi.
- Bekalan makanan yang dibawa habis.
· Boleh mencari buah-buahan, memburu binatang dan makan sayur-sayuran atau tumbuhan.
· Mencari sumber air. Contoh tumbuhan:
§ Buluh
§ Pokok pisang
§ Akar kayu
§ Pokok mempelas
· Sumber air lain seperti di gua.
- Diancam binatang buas.
· Taburkan sedikit belerang di unggun api.
· Pastikan makanan disimpan dengan baik.
- Membuat tempat berteduh jika tiada khemah.
· Pastikan kawasan selamat.
· Tidak terlalu jauh dengan sumber air.
· Menentukan jalan keluar ketika kecemasan.
3. Boleh mencegah situasi berikut berlaku melalui:
- Perancangan perkhemahan yang teliti.
- Mental > mempunyai pengetahuan mengenai pendidikan luar sebelum menjalankan aktiviti.
- Fizikal > mempunyai tahap kecergasan yang baik untuk melakukan aktiviti.
- Material > mempunyai peralatan yang secukupnya untuk menjalankan sesuatu aktiviti.
4. Kepentingan mempelajari ilmu ikhtiar hidup.
- OBJRKTIF
Kognitif
§ Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut, di hutan, di bukit, di gunung-ganang atau sebagainya.
§ Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air.
§ Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani ikhtiar hidup.
Psikomotor
§ Dapat membina tempat perlindungan reka ganti untuk mengelakkan dari bahaya.
§ Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber makanan untuk terus hidup.
§ Dapat bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi yang kurang baik.
Afektif
§ Membina keyakinan diri untuk terus hidup.
§ Memupuk nilai-nilai murni seperti berkerjasama dan bertanggung jawab.
§ Memperkembangkan minat terhadap alam semulajadi dan adapt menimati keindahannya.
5. Konsep mencari makanan dengan tujuan pemakanan (taste test).
· CIUM@HIDU
Potong sampel yang diuji. Renyuk hingga hancur. Cium bau menerusi deria bau, otak membuat penilaian / tindak balas yang berbau busuk atau tengik mungkin beracun / berbahaya dan memabukkan.
· GATAL KULIT
Kalau tiada bau tengik, sapukan sampel tadi pada kulit yang lembut seperti lengan / perut. Gosok selama 15 minit. Sekiranya gatal atau miang, tumbuhan itu mungkin beracun.
· BIBIR, LIDAH, MULUT
Seterusnya lakukan ujian dengan deria rasa bibir, lidah & mulut. Tumbuhan tadi yang dilenyakkan diletak terus pada bibir sahaja. Sekiranya tiada kesan tidak senang, barulah dikunyah lalu dikemam 10 minit. Jika terasa loya, panas, gatal, luahkan sampel itu.
· MENELAN (LALU MEMAKAN SELEPAS 3 JAM)
Sekiranya ujian-ujian tadi tidak menunjukkan tanda bahaya, telanlah dalam kuantiti sedikit, dan tunggu 3 jam sebagai reaksi sistem pencernaan anda. Jikalau selepas 3 jam anda berasa pening kepala, sakit perut, muntah-muntah, demam dan cirit-birit, maka, sampel tadi tidak harus dimakan. Jika tiada kesan negatif, makanan itu selamat dimakan selepas direbus.
6. TINDAKAN JIKA TERMAKAN TUMBUHAN YANG BERACUN
- Dalam keadaan ikhtiar hidup, jika kita termakan tumbuhan yang beracun tindakan kecemasan adalah seperti berikut :
I. Muntahkan tumbuhan tersebut dengan cepat.
II. Minum air bersih yang telah dimasak.
III. Makan sedikit arang kayu untuk mengeluarkan keracunan dalam badan.
IV. Dapat bantuan perubatan dengan segera.
No comments:
Post a Comment