cursor

Golfer Teeing Off 3

Daisypath Friendship tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Followers

fcu communication

Wednesday, September 28, 2011

paperwork tenis

KEJOHANAN TENIS PERINGKAT IPGM KKB
GERKO TENIS PISMP SEM 2
TAHUN 2009

1.0 Pengenalan
Sukan tenis merupakan salah satu sukan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sukan teras negara. Menyedari hakikat ini, Majlis Tertinggi Gerko Tenis semester ini telah mengambil inisiatif untuk mencungkil bakat-bakat dikalangan guru-guru pelatih terutama di Institut Pendidikan guru Malaysia Kampus Kota Bharu khusunya dengan penganjuran Kejohanan Tenis Peringkat IPGM KKB 2009. Ini sejajar dengan kehendah Yang dinyatakan dalam silibus Gerko bagi semester ini untuk menganjurkan sesuatu kejohanan permainan.

2.0 Objektif
a. Memperkenalkan dan mempromosikan sukan tenis di kalangan bakal guru bagi mengajar generasi akar umbi kelak.

b. Memajukan sukan tenis sebagai sukan teras di peringkat institusi.

c. Melahirkan pelajar-pelajar yang aktif dan sihat dari segi rohani, jasmani, intelek dan sosial.

d. Mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturrahim antara pelajar-pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu melalui pertandingan tenis ini.

3.0 Tentatif Pelaksanaan

Tarikh : 23 Oktober 2009 dan 24 Oktober 2009(Jumaat dan Sabtu)
Masa : 8.00 pagi- 6.00 petang
Tempat : Gelanggang Tenis IPGM KKB

4.0 Pengelolaan/Penganjuran

Gerko Tenis Semester 2/2009
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPGM KKB


5.0 Sasaran Peserta

Pelajar-pelajar :
o PPISMP Semester 1
o PPISMP Semester 3
o PISMP Semester 2
o PISMP Semester 4
o PISMP Semester 6
o Marjon 2
o BED Math U.H

6.0 Bayaran Penyertaan

Bayaran bagi setiap peserta ialah RM5 (meliputi minuman peserta)


7.0 Jawatankuasa Pengelolaan Kejohanan
Jawatankuasa khas pengelolaan kejohanan ini yang telah dilantik oleh Ahli Gerko Tenis Sem 2/2009
Penaung : Encik Hashim Bin Deraman
Penasihat : Encik Mohd Noorlan Bin Zakaria
Ketua Pengelola : Muhammad Ariff Bin Aripin
Timb. Ketua Pengelola : Ku Mohd Hanifas Bin Ku ahmad
Setiausaha : Amanina Izzati Bt Sabri
Naib Setiausaha : Fatin farhah Bt Ahmed

Bendahari : Muhammad Azhan Bin Abu Sapian

Jawatankuasa Kecil : Publisiti
Mohd Zulkiefadly Bin Mohd Zulkifli(Ketua)
Syarifah Azureen Bt Syed Mahamud
Che Aniza Bt Che Man

Peralatan
Azizi Bin Safiai (Ketua)
Mohammad Fahmi Bin Zamri
Iklil Yaffrah Bt Yusof
Hasnah Bt Hasan

Hadiah dan Cenderahati
Siti Noor Ashikin Bt Ismail (Ketua)
Siti Nurulhashikin Bt Hanafi
Wan Nur Shafiqah Bt Wan Johari
Nor Atika Bt Harun


Persegaran
Nurhidayah Bt Karim (Ketua)
Nurul Janah Bt Ahmad
Tg Nur Faizah Bt Tg Mohd Khaizul Anuar
Norafidah Bt Rashid

Pemarkahan Jadual Pertandingan
Noreen Aqsha Ghafoor Bt Abdullah (Ketua)
Siti Halemahtun Bt Md Hatar
Arbaieyah Bt Draoh
Siti Mariam Bt Kamarulzaman
Farhana Bt Ramli

Pengadil
Mohd Afizi Bin Md Ali (Ketua)
Aqilah Nadhirah Bt Mazhanash
Fara Azira Bt Mohamad Kasim
Siti Aisyah Bt Ismail
Muhammad Arif Bin Aripin

Urusetia
Wan Radziah Bt Wan Mat (Ketua)
Siti Umairah Bt Hamdan
Nur Farhana Bt Ramli







8.0 Kewangan

8.1 PERBELANJAAN

PERKARA

BAJET

JUMLAH(RM)

Persegaran

RM 2.50 X 61 orang

93.00

Hadiah

RM 15.00 x 6 orang

90.00

Publisiti

RM 10.00

10.00

Peralatan

RM 100.00

100.00

Keselamatan

RM 12.00

12.00

JUMLAH (RM)

305.00


8.2 PENDAPATAN

PERKARA

JUMLAH

Bayaran daripada peserta

(RM 5 x 26 penyertaan)

130.00

Bayaran pelajar gerko

175.00

JUMLAH (RM)

305.00



9.0 Penutup
Kerjasama dari seluruh pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung adalah amat diharapkan bagi melancarkan lagi perjalanan program yang julung-julung kali diadakan ini.


Disediakan oleh :

_______________________
(Amanina Izzati Binti Sabri)
Setiausaha
Kejohanan Tenis
Peringkat IPGM KKB

Disemak oleh.

…………………………………….
(Encik Mohd Noorlan Bin Zakaria)
Pensyarah Penasihat,
Gerko Tenis PISMP Sem2/2009,
IPGM Kampus Kota Bharu.

Diluluskan oleh :

……………………………………….
(Encik Hashim Bin Deraman)
Pengarah,
IPGM Kampus Kota Bharu.

___________________________________________________________

LAMPIRAN 1


Jadual Tentatif Program

23 OKTOBER 2009 (JUMAAT)

7.30 pagi - 8.00 pagi Pendaftaran Peserta

8.30 pagi - 9.30 pagi Kejohanan dimulakan (pusingan awal secara kalah mati)

10.30 pagi - 1.00 petang Rehat/Jamuan Makan Tengahari/Solat

3.00 petang-6.30 petang Perlawanan diteruskan

6.30 petang Perlawanan ditangguhkan

24 OKTOBER 2009 (SABTU)

7.30 pagi - 8.00 pagi Pendaftaran Peserta

8.30 pagi - 9.30 pagi Kejohanan yang tertangguhdimulakan semula

10.30 pagi - 1.00 petang Rehat/Jamuan Makan Tengahari/Solat

3.00 petang-6.30 petang Perlawanan diteruskan

6.30 petang Penyampaian Hadiah/Bersurai

______________________________________________________________________________________

LAMPIRAN 2

PERATURAN DAN SYARAT

KEJOHANAN TENIS PERINGKAT IPGM KKB 2009

1.0 NAMA PERTANDINGAN

Kejohanan Tenis Peringkat IPGM KKB 2009

2.0 PENGANJUR

Gerko Tenis PISMP Semester 2

3.0 PENGELOLA

Jawatankuasa Khas yang telah dilantik oleh Gerko Tenis PISMP Semester 2

4.0 PERATURAN UMUM

Undang-undang dan Peraturan Undang-Undang Kesatuan Lawn Tenis Malaysia ( LTM ) 2006 - 2007..

5.0 PERATURAN TAMBAHAN

Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Penganjur adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras den gan matlamat penganjuran

6.0 JENIS PERTANDINGAN

6.1 Kejohanan Individu.

7.0 HADIAH – HADIAH

7.1 Acara Individu - Pertama, Kedua dan Ketiga

8.0 ACARA PERTANDINGAN

8.1 Acara TERBUKA hanya dibenarkan disertai oleh peserta – peserta daripada guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu.

8.2 Peserta yang dihadkan dalam pertandingan ini ialah sebanyak 26 orang sahaja.

8.3 Peserta dibahagi kepada dua kategori iaitu kategori lelaki dan kategori perempuan.

9.0 PENDAFTARAN PESERTA – PESERTA

9.1 Pendaftaran peserta perlu dilakukan pada hari pertandingan.

10.0 PENGESAHAN PESERTA – PESERTA

10.1 Penganjur akan memberi mandat kepada Jawatankuasa Pertandingan 1 hari sebelum kejohanan untuk membuat undian dan buku pertandingan akan dikeluarkan serta diedarkan kepada peserta.

11.0 PENARIKAN DIRI SEMASA KEJOHANAN DIJALANKAN

Jika didapati seseorang peserta setelah disahkan semasa Taklimat Pengurus-Pengurus Pasukan, tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acaranya, KECUALI jika dapat mengemukakan surat pengesahan sakil / cedera daripada Pegawai Perubatan Kejohanan, atlet berkenaan berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya.

Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mangambil bahagian dalam pusingan awal, tanpa surat pengesahan sakit / cedera daripada Pegawai Perubatan Kejohanan, adalah dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara seterusnya yang didaftar atas namanya.

Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat Pegawai Peubatan Kejohanan, hanya boleh mengambil bahagian seterusnya dalam semua acara yang didaftarkan atas namanya dengan mengemukakan surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kejohanan kepada Pengurus Kejohanan

12.0 MELAPORKAN DIRI PESERTA

12.1 Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh peserta itu sendiri

12.2 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam arena pertandingan

12.3 Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acara-acara mereka TIDAK AKAN DIBUAT. Maklumat meminta peserta melaporkan diri hanya disiarkan dipapan kenyataan di tempat Penyelia Peserta. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pindaan dalam susunan acara atau program kejohanan.

12.4 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan mempunyai peralatan permainan masing-masing yang lengkap

12.5 Apabila melaporkan diri untuk tiap-tiap acara, seseorang peserta mesti menunjukkan nombor daftar peserta sebagaimana yang didaftarkan kepada Penyelia Peserta berkenaan. Sekiranya arahan ini tidak dipatuhi, peserta berkenaan TIDAK AKAN DIBENARKAN menyertai acara itu.

12.6 Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 15 minit sebelum acara meraka dimulakan, TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara tersebut dan akan dianggap sebagai telah menarik diri

13.0 PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN

Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena pertandingan.

14.0 MEMANASKAN BADAN

Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan

15.0 BANTAHAN

Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 147 LTM, kecuali perkara-perkara berikut :

15.1 Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah

dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada Lima belas ( 15 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara pusingan awal

15.2 Tiga puluh ( 30 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara peringkat akhir

15.3 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan wang Pertaruhan sebanyak RM 50.00 ( Ringgit Malaysia : Lima Puluh Sahaja )

16.0 HAK – HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik, berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan, peserta akan diberitahu.

16.1 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam Undang-Undang LTM terkini.

17.0 HAL – HAL LAIN

17.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut.

17.2 Selain daripada Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPAPUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.

17.3 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan / harta benda atau sebarang kecedaarn lain berlaku :

a. Semasa perjalanan pergi dan balik dari sekolah ke kompleks sukan

b. Semasa kejohanan dijalankan

c. Di dalam dan di luar kawasan kompleks sukan

17.4 Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...