cursor

Golfer Teeing Off 3

Daisypath Friendship tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Followers

fcu communication

Wednesday, September 28, 2011

keyakinan di air

Keyakinan dalam air

Ratusan malah ribuan manusia mati saban tahun disebabkan lemas dalam air. Kadang kala mati mereka dikira sia-sia. Ramai daripada mangsa gagal menggunakan pertimbangan yang mudah atau gagal mematuhi arahan tentang kemahiran dan keyakinan di air yang boleh dipelajari.

Kepentingan melakukan aktiviti di air adalah perlu kepada setiap orang yang ingin menjalankan setiap aktiviti yang melibatkan air seperti di sungaiatau di laut. Pengetahuan asas seperti mengapungkan diri, menyelam, berenang dan bernafas adalah perlu diketahui dengan mendalam.

Penggunaan pakaian yang sesuai semasa menjalankan aktiviti keyakinan di air adalah perlu seperti seluar yang nipis, kasut yang ringan sebagai pengalas jika diperlukan. Selain itu, penggunaan life jacket, pelampung keselamatan dll adalah penting kepada yang kurang berkemampuan berenang dengan baik.

Bagi memastikan seseorang bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menjalani aktiviti di air seperti berkayak dll, merka perlulah mempunyau asas keyakinan dalam air yang kukuh.


Aktiviti yang membina asas keyakinan dalam air

1. Memakai baju keselamatan [ life jacket ]

· Ikatkan tali yang disediakan pada baju keselamatan

· Pastikan terdapat wisel pada setiap baju yang dipakai

· Baju keselamatan perlu dipakai dengan kemas dengan memastikanianya tidak tertolak ke atas apabila terapung.


2. Apungan dengan menggunakan life jacket.

a) Latihan bernafas

· Berdiri di dalam air, tarik nafas melalui mulut sahaja

· Tahan nafas dan selamkan muka

· Apabila nafas tak dapat ditahan lagi, dengan perlahan-lahan hembuskan melalui hidung

· Selepas semua udara dikeluarkan, angkat muka daripada air dan tarik nafas

b) Aktiviti apungan

· Asingkan peserta yang boleh berenang dengan tidak boleh berenang

· Berjalan berpegangan tangan menuju ke air sambil mendengar arahan

· Apungan berdiri

J Depa tangan – bernafas dengan tenang masih berpegangan tangan.

J buat bulatan 5-6 orang dengan berpegangan tangan

· Apungan terlentang

J Peserta berbaring dengan meluruskan kaki ke hadapan

J Depa tangan – bernafas dengan tenang

J Terlentang sambil berpegangan tangan

· Apungan meniarap

J Rebahkan badan ke hadapan

J Luruskan kaki

J Masih berpegangan tangan

· Semua di atas

J Dilakukan secara individu

J Apungan meniarap dan bergerak jaraj 3 meter

J Berenang berdua ke hadapn

J Lawan berenang

Keselamatan dalam air

Do

Dont do

- Keluar dari air jika berasa sejuk Air sejuk boleh membahayakan walaupun anda seorang perenang yang mahir

- Berenang berseorangan di dalam gelap

- Sukar mendapat bantuan jika terjadi apa2

- Perhatikan bendera kuning di kawasan berenang

- Kawasan di belakang bendera kuning adalah kawasan yang merbahaya untuk berenang

- Merosakkan apa2 papan notis atau papan tanda yang menunjukkan bahaya.

- Boleh membahayakan perenang lain jika mereka tidak dapat melihatnya

- Jauhi mereka yang bermain surf board

- Juga jauhi bot dan jet ski

- Sukar bagi mereka untuk mengelak daripada belanggar dengan perenang

- Berenang ketika bendera merah dinaikkan

- Bendera merah membawa maksud keadaan sedang merbahaya ketika itu

- Berhati-hati dengan pasang dan surut air laut

- Air pasang boleh membahayakan perenang

- Menggunakan airbates di dalam laut

- Ia mudah dibawa ombak ke tengah laut ketika anda tidak menyedarinya

- Mendengar nasihat daripada pegawai keselamatan yang bertugas

- Tugas mereka adalah untuk mengelakkan sebarang kecelakaan

- Berlari2 di tepi kolam renang dan tempat persalinan pakaian

- Menolak kawan ke kolam renang

- Mudah untuk anda terjatuh dan tercedera kerana kawasan tersebut licin

- Perhatikan papan2 tanda amaran

- Patuhi papan2 tanda tersebut untuk keselamatan semua pihak

- Bernang di kawasan dalam jika anda bukan seorang perenang yang mahir

- Memakai pelampung tangan di kaki

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...