cursor

Golfer Teeing Off 3

Daisypath Friendship tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Followers

fcu communication

Saturday, January 7, 2012

KAEDAH PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH


Pembelajaran luar bilik darjah ini telah diperkenalkan oleh Kementerian Pembelajaran sejak tahun 2000 lagi.  Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) adalah suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah.Ia juga merangkumi pembelajaran yang progresif. Selain itu, ia memberi fokus mengenai perkembangan potensi individu secara menyeluruh dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
            Objektif yang ditekankan ialah menyediakan murid untuk belajar sesuatu tajuk atau konsep yang akan dipelajari , atau sebagai satu proses mempelajari.  Domain pembelajaran  terdiri daripada tiga iaitu pengetahuan, sikap dan kemahiran.  Selain itu, dapt mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari di dalam kelas, memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan menyeronokkan.  Kemudian, ia juga membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman kontekstual, meningkatkan minat dan sikap murid untuk belajar, mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses, dan menganalisis data serta maklumat.  Akhir sekali, dapat menerapkan nilai-nilai murni. 
            Terdapat tiga Model PLBD iaitu Model PLBD 1 merupakan pembelajaran di luar bilik darjah iaitu di kawasan sekolah seperti makmal komputer, makmal sains dan taman sekolah.  Model PLBD 2 pula ialah berhampiran kawasan sekolah seperti taman permaianan, kawasan kampung dan luar pagar sekolah.  Model PLBD 3 ialah pembelajaran jauh dari kawasan sekolah (dengan kebenaran PPD) merupakan satu lawatan yang terancang dan berintegrasi ilmu).  Kawasan tersebut ialah kawasan sekolah lain, taman sains, universiti, pusat sukan dan taman rekreasi.
            Perancangan PLBD dilakukan sebelum, semasa dan selepas.  Sebelem pembelajaran, tujuan dan objektif PLBD.  Hasil pembelajaran  tajuk atau konsep dalam sukatan atau sikap dan kemahiran.  Ia juga perlu memenuhi segala syarat dan kehendak rasmi seperti kebenaran bertulis daripada pihak sekolah, PPD, dan ibu bapa.  Kemudian, ia juga perlu diberi taklimat berkenaan keselamatan, peraturan dan tanggungjawab guru serta murid. Sebelum memulakan pembelajaran perlu menyediakan peralatan untuk aktiviti.  Semasa aktiviti pembelajaran perlulah menyelia dan mengawal murid supaya keselamatan murid sentiasa terjaga.  Menggalakkan murid membuat pertanyaan untuk mendapat maklumat.  Membuat perhatian secara langsung dan memberi bantuan kepada yang memerlukan, mengumpul dan merekod maklumat, mematuhi peraturan  lawatan serta bekerjasama dalam kumpulan. 
            Selepas aktiviti PLBD, guru perlu memberikan maklumat tambahan jika diperlukan murid, membimbing murid membuat rumusan, menilai pembelajaran murid dan keberkesanan aktiviti PLBD, menyusun maklumat yang terkumpul, menjawab soalan-soalan tugasan dan membuat rumusan.

            

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...