Pembelajaran secara kontekstual
ini menetapkan objektif yang ingin dicapai ialah dapatmenghuraikan definisi
pembelajaran kontekstual, menyatakan konsep pembelajaran, mengetahui matlamat, mengetahui
perkaitan pembelajaran serta mengaplikasi pembelajaran kontekstual. Kaedah pembelajaran ini menggabungkan isi
pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam
pekerjaan. Ia menggunakan kaedah ‘hands-on’ dan ‘mind-on’. Kontekstual ini
berasal daripada Bahasa Latin iaitu:
Con=with
Textum= woven>dalam
konteks
Ia
juga merupakan proses pembelajaran yang ada hubungan langsung serta berkait rapat dengan apa yang berlaku
di persekitaran, kehidupan atau pengalaman
pelajar. Berkenaan teori dan konsep pembelajaran secara kontekstual menggariskan bahawa pembelajaran berlaku melalui
pengetahuan sedia ada dan
pengetahuan baru. Ia dapat merentasi
pelbagai disiplin ilmu (kurikulum).
Sesuatu pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya ia disampaikan oleh guru seperti dalm konteks yang pelbagai
iaitu fizikal, psikologi, budaya
dan sosial. Selain itu, ia juga
disampaikan sekiranya berada di kawasn yang
berlainan atau kepelbagaian persekitaran seperti bilik darjah, makmal, tempat kerja dan kehidupan
seharian.
Murid
akan dapat belajar dengan lebih berkesan sekiranya peluang dan pengalaman penglibatan disampaikan dalam
konteks yang tidak asing kepada pelajar,
pelbagai strategi pembelajaran seperti komunikasi interpersonal, belajar secara kumpulan, saing membantu dan maklum
balas yang positif serta melibatkan
pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke satu situasi.
Pembelajaran
ini dapat dikaitkan dengan Teori Kecerdasan Pelbagai. Howard
Gardner mengaitkan beberapa kecerdasan pelbagai iaitu verbal linguistik, logik matematik, naturalis,
interpersonal, kinestatik, visual ruang serta muzik. Bentuk pembelajaran kontektual ialah
seseorang murid akan melalui pengalaman
pembelajaran iaitu REACT.
R
– Relating (menghubungkait)
E
– Experience (mengamali)
A
– Applying (mengaplikasi)
C – Cooperating
(bekerjasama)
T – Transferring
(memindahkan)
Selain itu, terdapat
beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan dalam Pembelajaran Kontekstual. Ia
mesti berkait dengan pembelajarn murid, pengajaran
guru, sokongan pentadbir, sokongan masyarakat, komunikasi antara guru, murid, ibu bapa dan masyarakat,
pembelajaran kontekstual berkesan memerlukan
gabung jalin kurikulum, kaedah pengajaran, situasi dan masa.
No comments:
Post a Comment