cursor

Golfer Teeing Off 3

Daisypath Friendship tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Followers

fcu communication

Saturday, January 7, 2012

2.1.4 PEMBELAJARAN BERASASKAN KOMUNITI/MASYARAKAT

Masyarakat (society) merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan komuniti manusia yang tinggal bersama-sama.  Perkataan society datang daripada bahasa Latin societas, "perhubungan baik dengan orang lain". Perkataan societas diambil dari socius yang bererti "teman", maka makna masyarakat itu adalah berkait rapat dengan apa yang dikatakan sosial.  Pembelajaran berasaskan komuniti ini melibatkan beberapa bahagian iaitu komuniti bilik darjah yang melibatkan rakan sebaya dan guru.  Selain itu, komuniti luar bilik darjah berkaitan masyarakat setempat iaitu lebih meluas proses pembelajarannya. 
            Antara aktiviti yang dapat diaplikasikan daripada kaedah pembelajaran ini ialah gotong-royong kawasan sekolah, khidmat masyarakat di rumah orang-orang tua, membersihkan kawasan surau atau masjid serta membuat lawatan ke rumah anak-anak yatim.  Aplikasi berkaitan hasil pembelajaran berkenaan pendekatan yang ingin diterapkan lebih kepada berpusatkan pelajar, tetapi ia berlaku secara terkawal.  Kemudian, strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan tugasan boleh diterapkan di dalam lakonan, perbincangan atau menghasilkan folio.  Selain itu, kefahaman pelajar berkaitan sesuatu perkara akan lebih berkesan apabila melibatkan psikomotor.  

                             

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...