Diskrit – jelas mula dan akhirannya
Contoh : membaling bola,
memetik sius, masuk clutch kereta, menaip
- boleh dihasilkan dalam satu siri.
Contoh : tekan clutch. Masuk
kunci, ON, masuk gear satu, tekan minyak, kereta bergerak.
Sama dengan main piano, memukul
dalam baseball, servis dalam tenis, memanah.
Berterusan – tidak jelas mula dan akhirnya.
Maklumbalas sensori : informasi yang seseorang itu
terima dari derianya semasa atau selepas melakukan sesuatu pergerakan.
Contoh :
bila membaling sebiji bola pada satu sasaran, kita dapat merumuskan bagaimana
balingan itu dilakukan, kemana bola itu pergi, bagaimana bunyi dihasilkan
apabila mengena sasaran. Persoalannya,
bilakah maklumkan balas itu dapat digunakan dalam mengawal perlakuan.
Sekianya
maklumbalas dapat diguakan untuk mengubah tindakan semasa perlakuan, ini
dikenali sebagai lingkaran tertutup
(closed loop)
Cth. : servis dalam tenis,
military press dalam angkat berat.
Sebaliknya apabila maklumbalas
tidak digunakan utnuk mengubah tindakan, Cuma perlu diingat dan digunakan
kemudian nanti, ini dikenali sebagai lingkaran
terbuka (open loop)
Cth. : kemahiran yang pantas,
apabila keputusan telah dibuat tentang bagaimana dan bila untuk bertindak
balas, pelaku mesti bertindak balas dengan cepat, pantas.
Memukul dalam softball – tiada
masa untuk adjust apabila telah buat keputusan untuk menghayun atau
memukul. Kalau miss, maklumbalas yang ada
akan diguakan untuk perlakuan seterusnya.
KR – informasi mengenai tindakbalas yang diperolehi dari sumber luar, seperti jurualatih,
pengajar atau video.
KP – informasi mengenai perlakuan yang telah dilakukan.
Keputusan
untuk melatih sesuatu kemahiran motor itu sama ada secara menyeluruh (whole)
atau bahagian-bahagian (parts) bergantung kepada sejauh mana kompleks dan
pengurusan sesuatu kemahiran itu.
Contoh : Megajar servis dalam
tenis.
- grips
- stance
- backswing
- ball toss
- forward
swing
- ball contact
- follow
through
= semua sekali ada 7 bahagian.
Ia
boleh diajar satu persatu atau semuanya sekali atau boleh digabung beberapa
bahagian.
No comments:
Post a Comment